Header Ads

SYARAT


 Assalamualaikum, hai awak awak semua. Nak Awa makeover kan blog awak ya? Okay, sila baca dan wajib fahami dulu segala syarat yang telah Awa nyatakan di bawah ni.

1. Kerja hanya akan di mulakan setelah bayaran di terima. Bayaran adalah secara full payment.

2. Anda perlu menunggu giliran dengan sabar dan nombor giliran adalah berdasarkan masa dan tarikh bayaran di buat kepada saya. 1st pay, 1st serve.

3. Jangka masa  tempahan bergantung pada giliran, kelapangan masa saya berkerja dan tahap kerumitan pada setiap design yang di tempah.Tolong jangan push saya untuk cepat-cepat siapkan design untuk blog anda. Sila faham akan situasi saya juga.

4. Saya tidak mempunyai masa berkerja yang tepat kerana saya mempunyai komitmen yang lebih besar terhadap suami dan anak-anak. Saya mungkin akan mengambil masa yang lebih sekiranya ada hal kecemasan di dalam keluarga seperti isu kesihatan, kematian dan lain-lain. 

5. Saya hanya design blog jenis blog / blogspot sahaja. Anda bebas menggunakan blog seperti biasa kerana saya berkerja di blog saya sendiri dan saya akan meminta ID/Password blog anda semasa proses pemasangan template nanti.

6. Caj tambahan mungkin akan di kenakan bergantung  pada tahap kepayahan dan kerumitan design yang anda tempah.

7. Maksimum pengubahsuaian adalah sebanyak 2X sahaja. Ada baiknya anda fikir betul-betul design bagaimana yang anda mahukan dan berikan semua detail yang berkaitan pada saya sebelum proses design di lakukan. Jangan berubah-ubah fikiran kerana setiap design yang di lakukan tidak mengambil masa yang singkat untuk di buat.

8. Wang tidak akan di kembalikan sekiranya anda masih belum berpuashati dengan hasil kerja saya walau sudah 2X pengubahsuaian di buat. Sila hormati masa dan tenaga yang saya sumbangkan untuk merekabentuk rupa blog anda itu.

9. Selepas final design dan pemasangan template telah di buat, maka tiada lagi sebarang perkhidmatan antara saya dan pelanggan. Pengubahsuaian ke atas mana-mana bahagian design selepas pemasangan di buat sama sekali tidak akan di layan. Caj baru akan di kenakan sekiranya anda masih mahu melakukan sebarang pengubahsuaian semula.

10. Saya hanya mahu berkerjasama dengan pelanggan yang sporting dan boleh memahami. Jika anda seorang yang terlalu perfectionist dan cerewet, harap maaf saya bukanlah designer yang anda cari.

11. Saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya template tersebut rosak atas perbuatan anda sendiri.

12. Setiap designer mempunyai trademark mereka sendiri dan begitu juga dengan saya. Anda boleh lihat sebahagian dari hasil kerja yang pernah saya lakukan DI SINI dan DI SINI. Sekiranya hasil kerja saya tidak mematuhi citarasa anda, maka anda boleh membuat tempahan pada designer blog yang lain.

13. Setiap syarat yang di tetapkan di sini adalah muktamad dan saya bebas untuk menolak dan menerima tempahan dari mana-mana pelanggan.

14. Anda di anggap telah bersetuju dengan semua syarat yang telah saya tetapkan di sini sebaik saja pembayaran di buat.

TERIMA KASIH

No comments

Powered by Blogger.