FULL EDIT BLOG UNTUK WANI SUKARNO - SISHAWA DESIGN

Hot

27.4.18

FULL EDIT BLOG UNTUK WANI SUKARNO

Tempahan kali sudah berjaya di siapkan dengan tema 'GOLD' untuk Kak Wani / Kak Noni. Beliau mahukan blog yang tampak moden serta mudah untuk di baca. Dalam erti kata lain blog yang simple, bersih tapi dalam masa yang sama tetap nampak ciri-ciri menarik di blognya tu.


Berkerja dengan Kak Wani ni cukup mudah sebabnya dia sama sekali tak cerewet dan dia serahkan sepenuh kepercayaan asalkan dapat di buat berdasarkan permintaan asas yang di minta.

Inilah dia rupa blog Kak Wani selepas di makeover 100%. Header dengan tulisan bersambung, menu dropdown, gold glitter border, picture profile, icon media social, background label dan lain-lain.... semuanya di buat dengan menggunakan warna yang sedondon.



Bila dah siap dan submit pada Kak Wani, alhamdulillah beliau happy dengan hasilnya.

Inilah rupa blog Kak Wani sebelum di makeover.. semoga Kak Wani terus sukses di dalam dunia blogging... ameen =D

- RUPA BLOG SEBELUM - 

4 comments: