KELEBIHAN MENGINAP DI HOTEL BERHAMPIRAN PANTAI - LANGKAWI - SISHAWA DESIGN

Hot

28.3.18

KELEBIHAN MENGINAP DI HOTEL BERHAMPIRAN PANTAI - LANGKAWI

Assalamualaikum ualls....

Daku nak tanya.. kalau ualls pergi melancong situasi macamana yang ualls lebih suka pilih? Kawasan berbukit dengan air terjun dan cuaca yang sejuk atau kawasan pulau atau lautan dengan pemandangan ombak dan pasir putih yang menghempas pantai? Jika di tanya padaku dua pilihan ini, daku lebih sukakan kawasan pantai kerana itu aku tak serik-serik untuk bercuti ke Langkawi bersama keluarga dan kawan-kawan.

Apabila berpeluang untuk bercuti ke Langkawi, aku akan berusaha untuk mendapatkan hotel yang berhampiran dengan pantai. Apa tidaknya, cuba ualls bayangkan betapa seronoknya dapat melihat matahari terbenam, dapat melihat matahari terbit dan juga dapat bermain dengan seronoknya dengan bebas bak di angkasa di atas hamparan pasir halus yang luas bersama dengan insan tersayang.


Jika dapat menginap di hotel yang berhadapan dengan pantai bukan hanya dapat berjalan di persisiran pantai pada waktu siang hari semata-mata malah pada waktu malam juga. Makin bermakna apabila dapat makan malam di terangi cahaya bulan dan lilin sambil ditemani bunyi deruan ombak. Oh alangkah seronoknya suasana tu.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa bercuti dan menginap di hotel yang berhampiran dengan pantai ini lebih sesuai untuk pasangan yang berbulan madu tetapi daku menolak keras dakwaan tersebut. Bagi diriku, menginap di hotel yang berhampiran dengan pantai ini bukan hanya sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin sebagai salah satu destinasi untuk berbulan madu semata-mata tetapi juga amat sesuai untuk di jadikan sebagai percutian seisi keluarga sepertiku.

Suasana tenang dan nyaman di waktu awal pagi sambil melihat anak-anak mandi manda di belakang

Selain daripada dapat mengambil angin dengan udara yang bersih, kita juga berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti di tepi pantai seperti bermain bananaboat, parasailing, jetski dan banyak lagi. Semua aktiviti ini boleh dilakukan bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain sebagai salah satu kenangan manis terindah yang boleh kita ingat sampai bila-bila.



Aku ni tidak berapa sukakan aktiviti yang tersangat lasak seperti panjat bukit sebab ada masalah gayat jadi kerana itu pantai adalah pilihan yang terbaik untuk seseorang yang punya rasa gayat seperti aku ni. Tambahan pula anak-anakku ni jenis suka berendam jadi lebih mudah untuk mengawasi pergerakan mereka yang sedang bermain dan mandi manda di gigi pantai daripada air terjun yang airnya agak sukar untuk kita duga kedalaman.Walaubagaimanapun, sebagai ibu bapa kita memang wajib mengawasi pergerakan anak-anak.

Jika ualls punya anak kecil sepertiku, ualls masih boleh berseronok bersama mereka di kawasan pantai dengan aktiviti yang di reka sendiri seperti berkelah, bermain layang-layang dan juga membina istana pasir. Paling mudah, ualls boleh jalan di pesisiran pantai sambil snap gambar banyak-banyak seperti yang ku lakukan ini dengan suami.


Bukan main seronoknya baby Kasih melihat air laut dan ombak yang sentiasa berlari-lari ke pantai. Udara pun nyaman dan menyenangkan. Bagi para suami, gunakanlah manfaat bercuti di tepi pantai ni dengan mengembirakan hati sendiri, hati isteri dan hati anak. Jika punya baby boleh pegang si kecil dengan tangan kanan dan genggamlah tangan si isteri dengan tangan kiri. 

Ualls lihatlah sendiri ombak yang bermain di kakiku dan suami seperti di dalam gambar di bawah tu. Walau bercuti dengan anak-anak yang ramai, kami masih boleh berjalan berpegangan tangan di gigi air sambil mendukung baby Kasih. Dalam masa yang sama kami berdua masih boleh melihat dan memantau anak-anak kami yang lain yang sedang mandi manda tidak jauh dari tempat kami berada. Seronok bercuti begini dengan di temani pemandangan laut yang cantik dan luas terbentang.

 

Siapa cakap lepas dah kahwin lama dan punya anak ramai masih tak boleh nak honeymoon? Salah tu.... romantik suami isteri tetap boleh dikekalkan supaya ikatan akan sentiasa utuh meskipun dengan adanya anak yang ramai. Semakin romantik suami dan isteri bermakna semakin banyak percambahan rasa kasih dan sayang serta dalam masa yang sama dapat memberikan rasa tenteram pada anak-anak kerana ibu dan ayah mereka sentiasa saling sayang menyayangi. Tak gitu ualls? :D

Terus terang terdapat banyak pilihan hotel yang berhampiran dengan pantai ini. Yelah, dah namapun pulau percutian jadi sudah semestinya ada banyak hotel yang berhampiran dengan pantai ni. Apa yang penting ualls boleh pilih mana satu yang ualls suka supaya sesuai dengan budget masing-masing. Daku sendiri pada mulanya menjangkakan yang hotel di kawasan pantai ini semuanya mahal-malam belaka tetapi alhamdulillah rupa-rupanya masih ada hotel yang menawarkan harga yang murah dan berbaloi. Yang penting kena survey Langkawi hotels near beach ni betul-betul sebelum pergi bercuti.

Semoga artikel ini dapat membantu memberi sedikit sebanyak info dan idea untuk ualls bercuti nanti terutamanya jika ke Langkawi. Selamat berseronok bersama keluarga dan yang tersayang....

Happy holiday!!







1 comment:

  1. mmg best duduk resort tepi pantai.. pagi2 bangun boleh jogg atau terjun je..lama nya liez tak g lgkw.. kena plan ni

    ReplyDelete