Cara Halang Blog Dari Di Copy Paste - CARA TERBARU !! - SISHAWA DESIGN

Hot

12.2.18

Cara Halang Blog Dari Di Copy Paste - CARA TERBARU !!

Sebagai si penulis blog semestinya kita tidak suka hasil penulisan kita di copy dan di paste ke mana-mana tempat tanpa sebarang persetujuan daripada kita. Jika beri credits hmmm masih boleh di maafkan namun malangnya ada yang sengaja mengambil dan paste bahkan tanpa segan silu mengaku bahawa itu adalah hasil penulisannya.

Di sebabkan itu rata-rata penulis blog akan meletakkan code untuk cuba menahan blog mereka daripada di copy paste. Ada pelbagai code di luar sana dan di sini suka untuk aku kongsikan code terbaru yang boleh membantu mengatasi masalah copy paste oleh sesetengah pihak ini. Jangan risau, sekarang dah ada cara mudah untuk halang entri dari kena copy paste. Ia bukannya menghalang right click tetapi left click yang sama sekali lebih berkesan.

Apa yang lebih mengembirakan, code ini turut sesuai untuk di gunakan oleh pemberi tutorial seperti aku ini ataupun kepada para blogger yang suka membuat contest kerana ianya hanya menghalang gabungan ayat saja dan masih membenarkan code html untuk di copy paste.

Caranya mudah saja....

1. Login ke akaun blogger masing-masing dan terus ke bahagian >> Theme >> Edit HTML

2. Kemudian cari kode ]]></b:skin> , gunakan Ctrl+F untuk memudahkan pencarian

3. Copy paste kod di bawah ini dan paste betul-betul di atas kod ]]></b:skin> tadi

.post { -webkit-touch-callout:none; -webkit-user-select:none; -khtml-user-select:none; -ms-user-select:none; -moz-user-select:none; }.post blockquote,.post pre,.post code { -webkit-touch-callout:text; -webkit-user-select:text; -khtml-user-select:text; -ms-user-select:text; -moz-user-select:text; }

RUJUK GAMBAR INI....

4. Preview dan jika tidak terdapat apa-apa error bolehlah terus di SAVE.

SIAP!!

Selamat mencuba....


3 comments:

  1. Kak Awaa. Dapat buat. Thank you. Senang jugak cara ni :)

    ReplyDelete
  2. pernah dulu sekali ada org buat klon blog abam kie. mcm x caya plak entri meraban abam kie pun ada org nak copy paste.

    ReplyDelete
  3. cikla byk jumpa entri cikla dicopy tanpa kredit. dah sound sekali nmpknya takde respon. mmg dia letak kredit link tp bila klik pergi ke blog dia balik... grrrr, bikin hati panas jaaa

    ReplyDelete