CHECK TAHAP POPULARITI BLOG - SISHAWA DESIGN
test banner

Hot

13.11.17

CHECK TAHAP POPULARITI BLOG

Assalamualaikum ualls...
Hari ni aku nekad untuk check status populariti bagi blog pertama aku (www.sishawa.com) melalui ALEXA. Ini di sebabkan blog aku tu bakal menyambut ulangtahun pertamanya tidak lama lagi jadi aku teringin jugalah nak tahu samada keputusan akan meningkat ataupun menurun apabila tiba hari ulangtahunnya pada 14 Jan 2018 nanti.

Maka, tanpa berlengah aku terus menuju ke website ALEXA. Dup dap dup dap pula aku rasa sebabnya ini adalah kali pertama aku check untuk tahu kedudukan blog aku tu di mata umum. Website ALEXA ni dah lama cuma aku sendiri yang sengaja tak nak guna sebab tak mahu terlalu menaruh harapan. Yelah, aku sedar yang blog aku tu masih lagi di tahap yang terlalu mentah! Kalau di ukur umur 10 bulan dengan seorang baby jawabnya masa ni baby baru saja hendak mula bertatih untuk melangkah ke depan. Hmmm...

HALAMAN YANG PALING FAMOUS DALAM MALAYSIA
LIMA laman web yang paling di kunjungi oleh rakyat Malaysia

  1. Google.com
  2. Youtube.com
  3. Yahoo.com
  4. Facebook.com
  5. Lazada.com.my

Nampaknya rakyat Malaysia ni paling suka shopping online di Lazada... patutlah Lazada boleh buat macam-macam kempen dan contest untuk para bloggers. Tahniah LAZADA.

Habis tu di manakah kedudukan untuk SISHAWA DOT COM ni?? 

Tu dia, sedang berada di kedudukan 40,465.

Pada bahagian Bounce Rate pula, blog aku tu berada pada tahap 66%. Bounce rate ni cukup penting untuk sesebuah blog kerana ia boleh memberitahu jumlah pengunjung yang datang dan juga tempoh masa seseorang pengunjung berada di blog kita. 








Selalunya pengunjung akan datang untuk membaca melalui link entry terbaru yang kita tulis dan selepas itu bergantung pada si pembaca itu sendiri samada akan terus melekat di blog dengan membaca entry yang lain ataupun terus keluar setelah membaca hanya satu entry tadi saja semata-mata.

Semakin rendah bounce rate bermakna semakin bagus sesebuah blog tersebut pada kacamata si pembaca. Jika di lihat pada rekod tersebut, bounce rate untuk blog aku adalah sebanyak 66% dan sudahpun ada penurunan sebanyak 9%. Ini bermakna pembaca blog semakin tertarik untuk membaca artikelku yang lain jika hendak di bandingkan dengan sebelum ini. Alhamdulillah.


CARA BOUNCE RATE DI KIRA
Bounce rate = (jumlah pengunjung yang hanya mengunjungi satu halaman / jumlah keseluruhan pengunjung ) x 100%
Sebagai contoh,... jumlah pengunjung yang membaca hanya satu entry saja kemudian terus keluar dari blog adalah sebanyak 22,000 orang.
Jumlah pengunjung sepenuhnya untuk bulan tersebut pula adalah seramai 30,000 orang. 
Maka 22,000 / 30,000 x 100% = 73%. 
Ini bermakna ada 73% pembaca yang datang dan terus keluar dari blog tanpa mahu klik di atas entry yang lain. Sebab itu semakin rendah hasil pengiraan di bounce rate bermakna semakin rendah jugalah jumlah pelawat yang hanya datang sekilas saja tanpa mahu duduk lama-lama minum kopi.

Ohya, bounce rate ini turut di dorong oleh usia blog. Jika blog masih baru maka semestinya bounce rate agak tinggi kerana di blog tersebut belum ada entry yang terlalu banyak lagi. Lainlah jika blog itu sudah pun mencapai usia bertahun-tahun dengan jumlah entry yang agak banyak... haaa jika blog dah lama, entry dh banyak tapi bounce rate masih juga tinggi, itu bermakna ada perkara yang perlu di perbetulkan dengan segera. Mungkin pada cara penyampaian, rupa blog dan lain-lain. 

Yang pasti, sebagai seorang blogger aku akan terus berusaha untuk menarik lebih ramai lagi pembaca untuk ke dua-dua blogku dari masa ke semasa. InshaaAllah.

JOM CHECK TAHAP POPULARITI BLOG UALLS PULAK DI ALEXA.. >> KLIK << 

13 comments:

  1. Saya biasa rujuk GA je utk bounce rate.. Alexa ni mmg susah nak maintain...

    ReplyDelete
  2. Huhuhu blog sendu liez entah ke berapa la

    ReplyDelete
  3. saya selalu refer google analytic je, tak pernah lagi pakai alexa ni, lepas ni boleh try check kat alexa pula

    ReplyDelete
  4. Gut info awa... boleh dijadikan rujukan ni.. bounce rate tu susah bebenoo nak turun..

    ReplyDelete
  5. Seram nak check hahha. tunggu disember 2018-lahh check hihihii

    ReplyDelete
  6. cek free ke alexa ni? ke berbayar?

    ReplyDelete
  7. dulu, Rose rajin jugak check. seronok tengok perkembangan blog sendiri :)

    ReplyDelete
  8. alamak ai x popular kott..hehe

    ReplyDelete
  9. good info..nk check juga la blog kita ni

    ReplyDelete
  10. Wahh .. siapa kata sis hawa blogger ikan bilis kn . Keep up blogging

    ReplyDelete
  11. nak check jugak la...hehe..agak fofular tak fiezasani.xyz tu...

    ReplyDelete
  12. tinggi jumlah bouce rate.. huhuhuhu

    ReplyDelete