CARA DAPATKAN LINK LABEL UNTUK MENUBAR - SISHAWA DESIGN
test banner

Hot

11.11.17

CARA DAPATKAN LINK LABEL UNTUK MENUBAR

Sebelum ni aku dah terangkan cara bagaimana untuk masukkan Link ke dalam tajuk Menubar. Tapi aku belum lagi beritahu bagaimanakah cara untuk dapatkan Link tersebut untuk di masukkan ke dalam tajuk tajuk menubar terbabit. Jadi, di sini aku akan terangkan bagaimanakah cara untuk dapatkan Link URL yang berkaitan untuk setiap tajuk di menubar terbabit.

CONTOH MENUBAR UNTUK TEMPLATE RESPONSIVE 

Sebenarnya terdapat DUA (2) cara untuk hubungkan Link Url dengan tajuk menubar ini. Dan cara yang paling banyak di gunakan adalah melalui LABEL.


CARA MELETAKKAN LABEL PADA SETIAP ARTIKEL

Semasa menulis post (artikel), pastikan ualls turut memberi kategori pada setiap entry terbabit. Cara nak letakkan kategori ni mudah saja. Boleh ikut langkah demi langkah seperti gambar di bawah ini.



Setiap artikel yang di tulis 'wajib' di beri kategori dan seharusnya tidak meletakkan terlalu banyak kategori pada setiap satu artikel terbabit. Aku lebih suka meletakkan satu atau dua kategori saja pada setiap artikel.



Setelah siap di publish. Klik pada tajuk artikel terbabit. Sebagai contoh aku memilih untuk klik di atas artikel ku yang bertajuk "KEHIDUPAN DI SYURGA MENURUT ALQURAN DAN HADIS" yang telah aku letakkan di dalam kategori CAHAYA ISLAM.



Bagi mendapatkan Link Url untuk di letakkan di dalam tajuk menu, ualls hanya perlu klik di atas tajuk Kategori tersebut dan akan muncullah semua artikel yang telah ualls kategorikan di dalam label yang sama.

Ini contoh bagi kategori CAHAYA ISLAM di dalam blogku...



Link yang muncul di bahagian atas itu adalah link URL yang perlu di copy untuk di masukkan ke dalam kotak tajuk Menu Bar masing-masing.

BAGAIMANA NAK DAPATKAN MENUBAR TERBABIT ?? >> KLIK SINI <<


1 comment: