BANTU KEMASKAN BLOG - SISHAWA DESIGN
test banner

Hot

5.11.17

BANTU KEMASKAN BLOG

Assalamualaikum,
Alhamdulillah baru je lepas kemaskan rumah (blog) untuk Puan Wawa. Settle buang sawang mana yang perlu dan susun balik semua 'perabot' yang beliau ada supaya lebih selesa dan sedap pada pandangan mata.

Ini juga merupakan salah satu servis yang boleh ku berikan pada semua. Yelah, tak di nafikan bukannya semua orang nak tukar template yang dah sedia ada kat blog tu. Tambah-tambah kalau template tu sudah serasi dan ada apa-apa sentimental value. Tapi tak bermakna kalau template lama rupa pun asyik yang sama je. Sama juga macam ruangan rumah kita. Bila boring tak kan kita nak tukar terus rupa seluruh rumah kan? Apa yang boleh kita buat adalah catkan dengan warna yang baru, ubah susun atur perabot dan berikan sedikit sentuhan baru untuk naikkan seri.

Okaylah tak nak cakap banyak, kan ualls boring plak.. meh kita tengok apa yang dah jadi kepada blog Puan Wawa sebelum dan selepas di kemaskan..

Perubahan bahagian Header dan Body Post


Perubahan pada bahagian Footer


Antara bahagian yang di susun semula untuk dapatkan rupa yang agak kemas macam kat atas tu...






Terdapat juga beberapa tambahan yang di letakkan antaranya widget online user yang baru, widget trafik yang baru, scrollbar, background pada sidebar title dan juga pages untuk sitemap serta disclaimer.

RUPA KESELURUHAN SELEPAS DI KEMASKAN 




Alhamdulillah selesai sudah penuhi permintaan Puan Wawa :)

4 comments: