5 PERKARA UTAMA YANG PERLU ADA PADA BAHAGIAN ABOUT ME - SISHAWA DESIGN
test banner

Hot

3.11.17

5 PERKARA UTAMA YANG PERLU ADA PADA BAHAGIAN ABOUT ME

Setiap kali tiba di blog seseorang pastinya kita nak tahu itu adalah blog siapa kan? Yelah, kita tiba untuk baca apa yang di tulis tapi kita tak tahu pun siapa kah orang nya yang menulis... hmmm macam ada yang tak kena pulak!!

Sebagaimana kita akan periksa siapa penulis buku sebelum membeli buku terbabit begitu juga kita akan ambil kira siapakah si penulis blog tersebut.

Jadi sebab itu adalah bagus sekiranya semua blog menyediakan sedikit tempat untuk memberi pengenalan ringkas berkaitan diri masing-masing sebagai si empunya blog a.k.a orang yang menulis.

Ada dua cara untuk tempat yang sesuai untuk meletakkan bahagian About Me ini.

1- Pages (halaman)
2- Sidebar

Pada yang mengikuti hasil kerjaku dalam makeover blog pastinya ualls akan perasan yang aku cukup suka paparkan bahagian About Me ini di sidebar daripada pages. Ini kerana aku mahu pembaca terus dapat melihat siapkan si gerangan yang menulis supaya mereka tidak berasa ragu-ragu pada blog yang di singgah.

Terpulang samada nak letak di bahagian Pages atau sidebar
Ramai yang tidak sedar bahawa perkara pertama yang di cari oleh seorang pembaca blog selepas selesai membaca sesuatu artikel adalah pada bahagian ABOUT ME ini. Perkara ini telah di perakui sendiri oleh Chris Brogan dengan menunjukkan bukti bahawa pages About yang terpampang di dalam blog beliau telah mendapat klik yang paling tinggi berbanding dengan pages beliau yang lain.

Tentu ualls nak tahu, apakah perkara utama yang perlu di letakkan di bahagian About Me ini kan?

1- NAMA
 Nama adalah perkara paling penting perlu di letakkan pada bahagian About ini. Tanpa meletakan nama bagaimana mahu pembaca mengenali ualls selaku si penulis blog. Jika ualls tak nak gunakan nama sebenar, ualls boleh letak nama samaran.

2- GAMBAR
Gambar tidak terlalu wajib seperti nama namun  aku syorkan supaya ualls letak sekali. Ualls boleh letak gambar diri sendiri ataupun bersama teman dan keluarga namun pastikan ianya boleh melambangkan siapa diri ualls yang sebenar.


3- BIODATA RINGKAS
Tidak perlu letak bioadata yang panjang berjela, memadai sepatah dua kata saja. Yang penting si pembaca dapat kenal siapakah gerangan diri ualls tu.


4- TUJUAN BERBLOG
Ini salah satu perkara yang bagus untuk di selitkan di dalam bahagian About. Secara tidak langsung si pembaca boleh tahu apakah objektif sebenar blog ualls tu di tubuhkan dan sekiranya pembaca berpuashati pastinya mereka akan follow blog ualls dengan senang hati.

5- AKAUN MEDIA SOCIAL
Berikan kaedah bagaimana si pembaca dapat hubungi diri ualls yang awesome tu dengan mudah. Ualls kena ingat yang si pembaca blog ni terdiri daripada pelbagai golongan dan manalah tahu suatu hari ualls akan di hubungi oleh seseorang untuk menawarkan peluang untuk berkerjasama melalui blog seperti ini...


Aku harap ualls dapat praktikan perkara ini dan sekirnya ualls mahukan profile di bahagian About Me dalam rupa yang agak istimewa, bolehlah hubungi daku untuk membuat tempahan.  =D




10 comments:

  1. Tujuan blog je Cik renex tak tulis lg kt blog. Pages ade buat jgk.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  3. tujuan blog tu tak buat lagi..biodata ringkas pun sama!good tips awa!

    ReplyDelete
  4. tq for sharing.suka baca blog kak awa

    ReplyDelete
  5. tenkiu sis.. ehehe. Baru lengkap adenya about me di blog ina

    ReplyDelete
  6. tenkiu sis.. ehehe. Baru lengkap adenya about me di blog ina

    ReplyDelete
  7. saya kalau singgah kat blog sapa2 pasti akan baca about me kat sidebar, kalau dia letak kat pages mcm kurang sikit nak baca

    ReplyDelete
  8. Terima lasih diatas perkongsiannya...

    ReplyDelete
  9. Betul. Dekat sidebar lah paling senang nak baca 😊

    ReplyDelete