12 TIPS UNTUK POPULARKAN BLOG DENGAN BERKESAN - SISHAWA DESIGN
test banner

Hot

17.11.17

12 TIPS UNTUK POPULARKAN BLOG DENGAN BERKESAN

Assalamualaikum ualls....
Terus terang, sepanjang aku menulis blog, terdapat pelbagai perkara yang bermain di dalam fikiran aku ni. Hati aku makin bertambah gundah gulana apabila melihat blog orang lain mendapat ranking yang bagus-bagus dan sering di kunjungi oleh para pembaca. Mudah cakap aku jealous okay!!

Maka bermula dari sifat jealous itulah aku mula mengorak langkah. Aku tahu mereka juga bermula dari bawah dan sekiranya mereka boleh berjaya kenapa tidak aku? Aku mula mencabar diri aku sendiri supaya terus bangun untuk menjadi seorang blogger yang berguna dalam menyampaikan info kepada orang lain. Aku tahu jika aku hanya terus dengan sikap cemburu semata-mata masakan bisa blog aku ini berkembang.


Disebabkan tidak punya guru untuk memberi tunjuk ajar, maka aku nekad untuk berusaha sendiri dengan mencari pelbagai info dengan bantuan Mr.Google. Hari demi hari aku jelajah dari satu blog ke satu blog demi mendapatkan ilmu dan tips bagaimana untuk memajukan blog. Mujurlah ada perkongsian daripada blogger-blogger hebat yang lain. Setiap info yang di beri, aku cuba fahami dengan lebih jelas supaya dapat aku gunapakai ke atas ke dua-dua blog yang aku miliki dari masa ke semasa.

Akhirnya..... inilah dia jumlah trafik untuk blog ku... 

walau belum berada di tahap yang betul-betul mengkagumkan namun aku tetap berasa puashati kerana apa yang aku usahakan selama ini telah menampakkan peningkatan. Tambahan pula blog aku kan belum lagi berusia setahun. Huhu...

Dan hari ini, di ketika ini, di artikel ini...  aku kongsikan segala tips yang telah aku  praktikan tu..  Moga-moga apa yang ku kongsikan ini dapat memberi sedikit semangat dan hala tuju yang baru untuk blog ualls juga.... jom kita belajar dan amalkan bersama.

1. Kenalpasti golongan pelawat blog masing-masing

2. Beri hamparan cerita yang berguna dan seronok untuk di baca

3. Sentiasa update blog dengan entry baru

4. Rajinkan diri untuk membuat 'blogwalking'

5. Pastikan rupa keseluruhan blog kemas dan teratur

6. Tulis entry dengan isi yang padat dan mudah untuk di baca.

7. Cipta dan sebarkan hashtag ( # ) untuk blog masing-masing

8. Join group blogger di Facebook dan add blogger yang lain sebagai rakan FB

9. Promosikan link entry terbaru di semua media social yang ualls ada secara berterusan

10. Buat link exchange dengan blogger lain yang ualls kenal. Sebutkan nama blogger lain itu di post entry dan beritahu mereka di FB

11. Ping blog ke halaman yang berkaitan untuk penambahan trafik.

12. Boleh juga di pakaikan domain dengan nama yang pendek dan unik supaya blog lebih mudah untuk di ingati.


SYUKUR.... ALHAMDULILLAH...
walau aku ni baru lagi dalam dunia blog namun aku bersyukur kerana adanya ualls semua di luar sana yang sudi singgah dan memberikan komen-komen sebagai tanda sokongan. Terus terang aku sangat-sangat  menghargainya. Thanks a lot! :D


SEMOGA KITA TERUS MAJU JAYA DI DALAM DUNIA PENULISAN BLOG INI... AMEEN...


27 comments:

  1. nice tips! berguna sangat untuk sha ni

    ReplyDelete
  2. thanks sharing. kena tukar domain kalo mcm ni..

    ReplyDelete
  3. hai sis..no 11 tu maksudnya?tq for the tips

    ReplyDelete
  4. yeahhh.. terima kasih kak untuk tips ni.. memang kita kena mula daripada bawah.. baru lah kita tahu pahit manis untuk berjaya ^^

    ReplyDelete
  5. Tahniah blog awk mmg femes.. sis suka dtg cn..cantik n kemas..entry pon best.keep blogging.xperlu follower ramai tp view pon dah mbuktikan ramai silent reader.

    ReplyDelete
  6. Tips bagus ni sis hawa. Terima kasih share. Lepasni kena rajin lagi update. Sebab ada masanya penyakit M datang satu entri langsung tak update. Peram je dalam draf haha

    ReplyDelete
  7. Tahniah sis hawa ..walaupun blog belum setahun jagung .. tapi sis hawa dh femes haa... makeup blog cun-cun ..

    ReplyDelete
  8. Kita x smpat nk blogwalking. Berkejat masa dgn ank. Kerja umh. Sedih. Rindu mcm dlu.

    ReplyDelete
  9. tq sharing info!blogger ikan bilis katanya tapi ramai peminat ni..hehheh

    ReplyDelete
  10. tq for the tips sis hawa. sngt berguna :)

    ReplyDelete
  11. Tq info...jemput la bertandang ke blog saya www.norasmamdnoor.blogspot.com.

    ReplyDelete
  12. Tahniah sis hawa . Terima kasih atas pengkongsiaan yang bermanfaat ini (:

    ReplyDelete
  13. Nice tips sis hawa! Walaupun Siqah dah lama blogging tapi masih lagi PV tak banyak. Nak kena guna idea sis hawa nie.

    ReplyDelete
  14. Tips yang bagus kak Hawa.. Insha Allah sama-sama kita bantu untuk naikkan trafik..

    ReplyDelete