FULL EDIT BLOG UNTUK YONG NORLIZA - SISHAWA DESIGN
test banner

Hot

30.10.17

FULL EDIT BLOG UNTUK YONG NORLIZA


Ini adalah kali ke dua blogger Yong Norliza dapatkan khidmat dari #sishawadesign. Kali pertama adalah untuk blog bisnes shaklee nya yang bernama MOMMYLIZZ.COM dan kali ini adalah untuk blog personalnya pula iaitu YONGNORLIZA.COM

Alhamdulillah, rasa happy dapat berkerjasama sekali lagi dengan Yong sebabnya Yong ni cukup mudah untuk di bawa berbincang. Lepas tanya itu ini apa yang perlu, akhirnya siaplah sebuah template khas untuk Yong gunakan di blognya tu.

Warna yang di pilih adalah hitam hijau dan merah. Yong nak warna-warna kontra untuk buatkan blognya kelihatan lebih menyerlah dan lain daripada yang lain.  Dari segi konsep pula Yong mahukan sebuah blog yang bercirikan seorang penulis blog yang simple dan bersederhana.

Header
Untuk bahagia body Yong tak kisah bagaimana sususannya asalkan mudah untuk di kendalikan dan senang untuk urusan pembacaan para pengunjung blognya itu nanti.. Apa yang penting nampak kemas dan tidak serabut.

Body style Readmore
 Akhir sekali untuk bahagian footer. Daku terapkan design yang sama seperti di bahagian header tadi supaya rupanya tetap matching dan tidak lari daripada konsep sebenar yang Yong mahukan.

Footer
 Inilah rupa keseluruhan apabila di lihat melalui PC dan laptop. 

Yang ini pula adalah rupa blog bisnes yang telah di tempah oleh Yong daripada #sishawadesign sebelum ini.
 


MAKLUM BALAS 

6 comments:

  1. cantik...pndai sis hawa make over ye

    ReplyDelete
  2. cantik...saya nak juga dapatkan servis design blog dari sis Awa...tp masih tengah tercari2 idea yang best2...done semua nnt saya emel details..

    ReplyDelete
  3. Cantikk sangat warna hitam dan merah. Menyerlahhh

    ReplyDelete