Full Edit Blog Untuk Sheila Inspire - SISHAWA DESIGN
test banner

Hot

13.10.17

Full Edit Blog Untuk Sheila Inspire

Aku kenal Kak Sheila secara kebetulan sebabnya dia cukup rajin blogwalking dan tinggalkan komen. Dari blog melarat sampai ke facebook dan bila kenal-kenal  dengan lebih mendalam, rupanya sesama dari Pantai Timur maka tersenarailah Kak Sheila sebagai salah seorang rakan di dalam team #bloggerpantaitimur #BPT.

Kak Sheila ni seorang blogger separuh masa. Kalau tak salah aku tugas utama dia adalah seorang pelajar di salah sebuah pusat pengajian tinggi di Utara dalam bidang media. Haa dah bekahwin, dah punya anak tiga tapi still continue study untuk peringkat yang lebih tinggi.. cayalah!! Tabik springggg kat akak ni...

Jika aku punya anak yang ke semuanya lelaki manakala Kak Sheila pula punya anak yang semuanya puteri. Comey-comey anak beliau. Yang buat aku makin respect bila dapat tahu yang Kak Sheila sanggup bawa anak bongsunya ke office demi untuk meneruskan perjuangannya. Memang terbaik r.

Bercerita bab makeover blog, Kak Sheila mahukan sebuah blog yang simple dan kemas. Soal header aku tak perlu susah payah sebabnya Kak Sheila sendiri nak siapkan header untuk blog kesayangannya tu. Okay la tu kan? At least masih ada sentuhan dari owner blog itu sendiri.

Header hasil kreativiti Kak Sheila

Kak Sheila memilih warna hitam dan kuning sebagai warna utama. Manakala untuk kasi nampak lebih menyerlah, Kak Sheila mahukan warna hijau mint sebagai pencetus ilham. Satu kombinasi warna yang agak menarik dan memang pun nampak sangat menyerlah sebab ketiga-tiga warna yang di pilih saling kontra antara satu sama lain.

Selepas di edit inilah dia rupa terakhir untuk blog Kak Sheila kita ni....

WAJAH KESELURUHAN




Lepas submit design tu rasa takut juga kalau-kalau Kak Sheila tak suka. Tapi alhamdulillah, Kak Sheila cakap okay dan kena dengan citarasanya.

Setelah siap semua urusan pemasangan, Kak Sheila ada beri maklumbalas tentang servis yang aku berikan di blog beliau. Barulah ku tahu yang Kak Sheila ni seorang yang agak cerewet juga rupa-rupanya hahaha... dia sendiri mengaku kat blog. Seriously aku memang tak sangka yang Kak Sheila ni seorang yang agak cerewet sebabnya sepanjang aku berkerjasama dengan dia dalam urusan edit blog tu.. dia seorang yang cukup cool dan boleh di ajak berbincang tentang semua perkara yang di sarankan dengan cukup mudah dan terbuka sekali.



Alhamdulillah, Allah SWT telah mempermudahkan urusan untuk aku dan Kak Sheila.. sekarang Kak Sheila makin happy dengan penampilan terbaru blognya. Ameen =D


2 comments: