FULL EDIT BLOG UNTUK KASIHKU AMANI - SISHAWA DESIGN
test banner

Hot

13.10.17

FULL EDIT BLOG UNTUK KASIHKU AMANI

Pada 11.10.2017, selesailah urusan makeover ke atas blog Kasihku Amani yang di miliki oleh seorang blogger bernama Sha Mohamed.. Aku kenal Sha ni semasa berblogwalking. Seriously dulu aku memang suka jenjalan kat blog beliau sebabnya ada banyak review tentang buku-buku terbaru.

Apa tak nya!! Kak Sha kita ni adalah seorang Pembantu Pustakawan!! Tugas beliau sehari-hari adalah bermain dengan buku jadi memang tak mustahillah dia boleh beri review tentang buku-buku yang best dan berbaloi di pasaran.



Actually, terkejut juga aku sebenarnya bila Sha mesej ke facebook minta sebut harga untuk urusan edit blog ni. Bukannya apa sebab bagi aku rupa blog Sha yang lama agak lawa juga. Cuma mungkin Sha nakkan perubahan yang drastik sesuai dengan usia blognya yang semakin meningkat.

Konsep yang Sha minta jug adalah supaya 'NAMPAK DEWASA' dengan paduan warna merah dan pink. Haa... terkesima jugalah aku pada mulanya bila Sha mohon nakkan sebuah blog yang nampak dewasa ni. Sehari suntuk jugalah berlegar di kepala ni macamana gamaknya yang perlu aku buat untuk tonjolkan ciri-ciri dewasa dengan menggunakan warna PINK! :D

Permintaan dari Sha
Tapi dalam masa yang sama aku cukup happy sebabnya Sha masih boleh bertolakansur. Walau beliau amat mahukan sebuah blog yang tampak lebih matang namun dia tak menekan aku untuk ikut kehendaknya tu 100%. Awal-awal dia dah beritahu supaya aku buat je apa yang mampu tanpa perlu memaksa diri. Terima kasih Sha...!! :D

Walau Sha beri kelonggaran namun aku tetap juga berusaha untuk memikirkan cara untuk menampilkan blog dengan wajah yang Sha inginkan. Lepas fikir itu ini, conteng di kertas begitu begini.. akhirnya aku start proses editing dengan idea yang aku rasakan sesuai mengikut apa yang Sha mahukan tu.

Siap je aku terus submit dan dalam hati memang berdebar sangat-sangat sebabnya aku belum pernah lagi makeover blog dengan permintaan konsep sebegini. Kiranya ini adalah satu cabaran jugalah untuk aku.

Inilah dia hasil terakhir untuk blog Sha...



Ini pula maklumbalas yang Sha berikan ke atas rupa blognya tu.. 


Syukur alhamdulillah.. mission success dengan jayanya... fuh lega =D

10 comments: