Full Edit Blog Untuk Sang Aura - SISHAWA DESIGN
test banner

Hot

14.9.17

Full Edit Blog Untuk Sang Aura

Assalamualaikum ualls...

Sejak edit blog ni aku dapat kenal lebih ramai blogger, seronok sangat. Dan yang paling best apabila mendapat feedback dari pelanggan-pelanggan. Rasa berbaloi segala penat lelah yang tercurah ke atas design tu bila lihat pelanggan-pelanggan happy.

Hari ni aku dapat feedback dari seorang lagi pelanggan. Namanya ialah Ina, pemilik kepada blog Sang Aura. Sebenarnya blogger Sang Aura ni dah berada dalam bidang blogging sejak 2016 lagi dan blog beliau ni agak terkenal dengan slot kisah seram yang di siarkannya setiap hari Khamis. Siapa suka baca kisah-kisah mistik dan seram boleh singgah ke blog Sang Aura kita ni ya.

Aku pun baru jer kenal beliau itupun di sebabkan servis edit blog la. Alhamdulillah semasa berkerjasama dengan beliau semuanya okay dan berjalan dengan lancar.

Permintaan design untuk blog beliau pun takde lah over sangat... beliau minta sebuah blog yang simple tanpa sebarang bunga-bunga tetapi dalam masa yang sama haruslah nampak kemas, menarik dan tersusun. Tak mau nampak serabut serabut katanya... pening kepala.. hehe... :D

Ohya sebelum tu nak beritahu.... blog Sang Aura menggunakan template biasa yang di sediakan oleh blogspot sebelum ni dan ini adalah kali pertama beliau nak buat tempahan makeover blog. Jadi alang-alang dah nak tukar rupa so aku cadangkan guna template responsive yang sememangnya sudah ada asas SEO di dalam nya. Beliau terus setuju dan inilah dia hasilnya... 

HEADER kena ada aura lah... baru kena dengan namanya Sang Aura.. 




Rupa keseluruhan blog mengikut warna yang di minta oleh owner
Sebaik saja submit design, beliau terus cakap okay. Alhamdulillah.... lega dengar apabila settle satu kerja ni. Rasa ringan sikit hehe..

12-Sept-2017, aku pasang template baru untuk blog Sang Aura dan apa yang membuatkan aku happy adalah apabila beliau sanggup memberi maklumbalas di blognya tentang servis yang aku tawarkan. Terima kasih banyak-banyak ya... terharu sangat.

Selain daripada bercerita tentang design, beliau turut memberitahu yang pageview blognya telah meningkat dengan drastik sebaik saja selepas blognya di makeover. Alhamdulillah syukur!! :D

maklumbalas Sang Aura di dalam blognya

Hari ini beliau memberitahu aku sekali lagi tentang pagesview blog beliau tu.. nampaknya memang ada perbezaan sebelum dan selepas di makeover.
Kelebihan yang terdapat pada template responsive 



Tetapi suka untuk aku ingatkan di sini bahawa jangan sekali sekali hanya mengharapkan pada template semata-mata ya. Template ini hanya sekadar membantu saja tetapi seandainya diri sendiri malas nak update cerita-cerita terbaru, malas nak promote, malas nak blogwalking.... mana mungkin semua ini akan berterusan sampai bila-bila.

Usaha tangga kejayaan dan di dalam dunia blog tak boleh nak malas-malas. Jika nak hasil yang kebaboom semestinya kita kena berusaha dan bukan hanya duduk memeluk tubuh semata-mata.


KESIMPULAN : Pilihlah template yang betul!










4 comments: