Header Ads

Full Edit Blog Untuk Mimi Azirah

Assalamualaikum ualls....

Ini pula design yang telah berjaya aku siapkan untuk blog MIMIAZIRAH.COM. Blog Mimi ni dah lama tau. Beliau aktif berblogging sejak 2011 lagi. Followers blog beliau sekarang dah mencecah ribuan orang... Wow!! Jeles pula aku....huhu...

Tapi dalam masa yang sama aku ikut rasa terharu apabila adanya seorang 'blogger senior' yang sudi membuat tempahan dengan aku yang tidak sepertinya ini.

Lepas menegur sapa di inbox facebook, Mimi terus beritahu tentang konsep dan warna yang dia nak. Dari segi warna Mimi nak PINK sebab katanya dia memang agak obses dengan colour ni dan dari segi design pula Mimi nak aku hiaskan blognya dengan bunga sakura. Tentang susunan blog dan lain-lain beliau serahkan pada aku sepenuhnya..

Risau juga pada mulanya kalau-kalau design yang aku buat tidak menepati ciri-ciri yang Mimi nak. Tapi aku cuba juga buat sedaya yang termampu.

 INILAH DIA HASILNYA....
HEADER BLOG DENGAN KONSEP BUNGA SAKURA

BODY BLOG dengan konsep READMORE berserta dengan profile picture yang sedondon.

FOOTER aku hiaskan dengan bunga sakura juga supaya matching dengan header....
Sebaik saja submit pada Mimi... beliau terus cakap puashati!! Fuhh lega rasanya. Senyum sengih aku sampai ke telinga tau! :D
Happy rasanya bila pelanggan puashati...

Kalau nak tahu harga yang aku kenakan hanyalah RM40 sahaja...!! Harga ni memang telah sedia ada tertera kat SINI pun.  Masa mula-mula Mimi mesej aku kat facebook tempohari, dia memang terkejut habis bila aku beri sebut harga ni pada dia... hehe...
Murahnya..!!!
So, apa pendapat ualls? =D

11 comments:

Powered by Blogger.