Assalamualaikum ualls..
Ya Allah dah lama giler tak update dalam blog ni haa... sorry ya bukannya aku tak rindu cuma kengkangan masa yang amat-amat mencemburui.

Walaubagaimanapun, alhamdulillah rezeki tempahan untuk membuat makeover blog semakin hangat dari hari ke hari. Wah wah wah!! Makin ramai nak tukar 'baju baru' nampaknya. Ini bermakna makin hari semakin ramai blogger yang bersungguh-sungguh dengan penulisan blog masing-masing. Syabas para blogger Malaysia.

Hari ni aku nak tunjuk hasil makeover blog untuk MAMAPIPIE pulak. Nama sebenar pemilik blog ni adalah Mrs Adda tapi dia memang dari dulu dah di kenali dengan panggilan Mama... selalunya anak-anak yang panggil aku mama tapi kali ni aku pula yang berpeluang panggil orang lain dengan panggilan Mama.. i likesss...

Cakap banyak tak nak, jom kita layan rupa baru untuk blog 'Mama'...

HEADER
Header logo telah di sediakan oleh mama sendiri. Aku just edit balik dengan ukuran yang sesuai dan terus pasangkan ke blog mama. Di sebabkan dah ada header, maka aku pun buat tugasan lain supaya matching dengan header berkenaan.

Antaranya, aku letakkan navigation, banner (header sebelah kiri, banner sebelah kanan) dan juga Menu.


Sebelah kiri Header, Sebelah kanan Banner
Untuk perincian, aku ambil dari header yang telah di sediakan.
Di sebabkan Mama memilih warna yang agak pastel, maka aku ambil keputusan untuk hiaskan dengan ribbon label berwarna DARK PURPLE supaya ada sedikit cetusan warna kontra. Mudah cakap supaya blognya lebih 'pop out' dan tidak lah terlalu plain je colournya dari atas sampai ke bawah.

BODY POST
READMORE Style
Gaya readmore ni dah jadi macam trend plak di kalangan para blogger sekarang. Aku sendiri pun cukup suka dengan style ni sebabnya boleh pamerkan banyak tajuk post di homepage. Secara tidak langsung, pembaca boleh scroll dan lihat tajuk mana yang menarik untuk di baca.

SIDEBAR & PROFILE PICTURE

Untuk Sidebar aku menggunakan warna mint dan purple sebagaimana yang di minta oleh mama sendiri. Bordernya double line berwarna mint dan tajuk sidebar plak dengan background berwarna purple. Alhamdulillah, satu gabungan warna yang cantik. Pandai Mama pilih.

Untuk Profile Picture ni pula aku gabungkan dua gambar supaya menjadi satu. Ini di sebabkan Mama sendiri dah confuse tak tahu nak pilih gambar yang mana satu. Kebetulan gambar yang mama berikan tu dengan latarbelakang pemandangan di tempat yang sama so aku ambil keputusan untuk gabungkan ke dua-duanya sekali. Senang! Tak payah lagi mama pening kepala.

Di bahagian tu juga aku letakkan kata-kata aluan, icon media social dan widget online user.



FOOTER
Setiap kali ada pembukaan mestilah ada penutupnya. Begitu juga dengan blog. Dan seharusnya rupa penutup perlu serasi dengan rupa permulaan. Habis tu tak kan tudung warna Mint Purple tapi kasut warna Merah Kuning kot!! Bahagian footer seharusnya matching dengan header. Kalau tak dapat guna warna yang sama sekalipun, boleh guna warna lain yang selamat dan sepadan.

Di sebabkan pada header aku gunakan 'ribbon label' berwarna dark purple, so di bahagian footer aku turut gunakan elemen yang sama. Bunga yang menghiasi header logo turut di kekalkan dari awal hingga akhir.


MOBILE FRIENDLY

 


EXCITED !!
Inilah respon yang di terima daripada Mama as the owner. Alhamdulillah lega rasa hati bila dapat buat dan serahkan satu design yang memang kena dengan kehendak ownernya.






** MISSION SUCCESS.... ameen... apa pendapat ualls tentang design ni?

7 comments