Tak Berani Nak Beli Domain Takut Blog Hilang! - SISHAWA DESIGN
test banner

Hot

21.8.17

Tak Berani Nak Beli Domain Takut Blog Hilang!

Inilah persoalan yang selalu bermain di kepala aku masa aku mula-mula start sebagai blogger suka suka sekerat jalan suatu ketika dulu. Bila aku lihat orang lain beli domain dalam hati aku ni macam takde apa-apa perasaan pun.

Bagi aku masa tu membeli domain hanyalah sekadar membazirkan duit saja. Yelah, masa mula-mula nak beli dah kena bayar pastu setahun sekali pulak nak kena renew. Ish leceh kot! Akhirnya blog aku pada masa tu yang sememangnya tanpa apa-apa domain berkubur begitu saja hilang tanpa jejak.

Kemudian aku mula berblog lagi. Kali ni persepsi aku semakin meluas. Percaya atau tidak aku nekad beli domain sebabnya aku nak juga nampak gah macam orang lain yang pakai link DOT COM di hujungnya. Ish ish ish... beli domain semata-mata nak galmourkan blog? Memang ternyata pemahaman aku masa tu sangat-sangat salah dan kolot! Apa ada pada nama link jika diri sendiri malas nak update blog? Ternyata aku pada masa tu hanya sekadar syok sendiri semata-mata. Dua kali aku gagal dek kerana sikap aku sendiri yang tak mahu ambil peduli. Orang lain ada blog, aku juga nak ada blog tapi akhirnya apa-apa faedah pun aku tak dapat.

MULA AMBIL TAHU
Selepas puas berfikir semasak-masaknya akhirnya aku nekad untuk kembali ke medan blog buat kali yang ke 3. Kali ini aku tidak mahu kembali seperti diri aku yang lama lagi. Aku kini mahu kembali seperti seorang srikandi dengan misi dan azam yang baru. Ternyata, tahun 2017 benar-benar membawa aku ke satu tahap yang lebih bagus.

Perkara pertama yang aku ambil tahu adalah tentang Domain. Apa itu domain?
Nama-nama DOMAIN 
Domain adalah nama yang mewakili sesuatu blog atau website di dalam internet. Mudah cakap macam ni, kita semua di lahirkan ke dunia dan di beri nama oleh mak dan ayah kita kan? Ada sesetengah mak ayah tu berfikir nama siang malam sampai berbulan-bulan semata-mata kerana nakkan nama yang unik dan lain daripada yang lain. Begitulah dengan domain.

Selain daripada itu, dengan memakaikan domain pada blog bermakna kita sudah menaikkan blog kita itu ke satu tahap level yang baru. Sebagai contoh, ualls buat blog dan blog tersebut di gunakan untuk memperkenalkan bisnes ualls. Hari-hari ualls promote hinggakan produk ualls tu mula di pandang ramai. Tapi! Tiba-tiba bisnes ualls tu mula menurun dari hari ke hari. Bila ualls check rupanya ada sebuah blog lain yang turut menjual produk yang seakan sama dan apa yang membuatkan ualls lebih sakit hati nama yang mereka gunakan pada blog tersebut juga sama cuma mereka buat blog dengan nama tersebut berserta domain manakala ualls tidak.

Maka untuk mendapatkan kembali nama tersebut adalah amat mustahil. Domain yang mereka pakaikan kepada blog tersebut telah menyebabkan ualls tidak dapat melawan mereka. Kenapa? Ini kerana hanya satu nama saja di benarkan untuk setiap satu domain. Contoh paling mudah, blog pertama aku telah di domainkan dengan nama SISHAWA DOT COM. Maka hanya ada SATU www.sishawa.com sahaja di dalam seluruh dunia internet ini.

Ambil tahu adalah lebih baik....

Dan apakah pemahaman aku selama ini benar atau salah? Ternyata apa yang aku faham sebelum ini amatlah salah! Hmmm.. itulah pandai pandai sangat buat kesimpulan sendiri sampaikan tahu menuduh je tanpa usul periksa.

Rupa-rupanya.....
  • Pakai domain tidak akan menyebabkan blog hilang
  • Pakai domain hanya akan menukarkan link blog saja
  • Pakai domain akan menyebabkan blog kita kelihatan lebih serius
  • Pakai domain akan membantu kita lebih bersemangat dalam berblog

Habis tu, kenapa orang ada cakap kalau beli domain dan tak renew, blog boleh hilang?
Jawapannya ialah bukan beli domain tapi HOSTING! 

DOMAIN & HOSTING, DUA PERKARA YANG BERBEZA
Domain dan hosting memang berkawan baik tapi tidak semestinya kita perlu kaitkan ke dua-duanya sekali. Untuk lebih faham, blog pertama aku di buat menggunakan website blogger.com dan link blog aku sebelum ini adalah sishawa.blogspot.com. Maka Blogspot adalah sebuah hosting. 

Setelah aku beli domain, link blog aku bertukar dari BLOGSPOT.COM kepada .COM (dot com) sahaja. Lebih pendek, lebih unik, lebih mudah untuk di ingat. Seandainya ualls taip link blog aku yang lama secara automatik ualls akan di hantar ke link yang baru. Bukan bermakna blog aku berpindah rumah, tidakk... cuma berubah nama link saja. Rumah untuk blog aku ni tetap berdiri di atas tanah hak milik blogspot.com okay.

Lainlah jika aku tukar Hosting! Menukar hosting bermakna aku pindahkan 'rumah' (blog) aku ni ke 'kawasan pembinaan' yang lain. Jadi seandainya aku terlupa untuk renew hosting maka bersar kemungkinan aku boleh hilang blog aku ni sebabnya aku sudah tidak ada hosting lagi sebagai tapak untuk terus mendirikan rumah aku ni. Hosting blogspot yang percuma ada tapi nak di tukar kepada hosting yang berbayar, sapa suruh?

Maka di sebabkan itu, blog aku ni hanya aku tukarkan Domain nya saja bukannya Hosting. Biarlah blog aku ni terus berdiri di dalam kawasan perumahan milik blogspot kerana setidak-tidaknya jika satu ketika nanti aku sudah meninggal dunia dan sudah tidak ada sesiapa yang boleh di pertanggungjawabkan untuk terus renew domain, blog aku ni masih lagi akan tetap wujud. 

Ya! Jika tidak renew domain blog masih wujud cumanya link blog akan kembali kepada yang lama macam masa sebelum beli domain.

jika tak renew domain, rumah aku ni akan kembali bertukar menjadi SISHAWA.BLOGSPOT.COM

BIAR TAHU JANGAN KELIRU
Aku harap ualls dapat faham sedikit sebanyak perihal domain ni. Bagi yang mahu bergerak serius dalam dunia penulisan blog aku nasihatkan ualls belilah domain untuk blog ualls tu. Harganya pun tak mahal mana. Blog aku sendiri sejak bertukar domain nampak lebih di pandang serius oleh orang lain di luar sana. Jika dulu blog aku yang pertama tu nak dapat pagesview 300+ sehari pun payah tapi sekarang alhamdulillah boleh cecah sehingga 1000+ sehari. Itu belum lagi di kira tentang job review yang di hantar oleh PR company. Memang aku boleh nampaklah perbezaan yang berlaku sebelum dan selepas aku pakaikan domain pada blog ni.


KESIMPULAN:
1- Beli nama domain sendiri + pakej hosting
Ualls boleh kehilangan blog dan nama domain 

2- Beli nama domain saja tanpa hosting
Ualls hanya akan kehilangan nama domain sahaja manakala blog ualls akan tetap ada dan boleh di akses menggunakan link lama seperti belum memakai domain dulu.

NAK BELI DOMAIN TAPI TAK TAHU CARANYA?
Tinggalkan mesej di inbox Facebook dan #sishawadesign akan bantu :D










27 comments:

  1. ohh. dalam perancangan nak tukar jugak, Nanti boleh pm kak awa xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh silakan.. kalau nak pm je akak k

      Delete
  2. Tahniah sis... terus maju ke hadapan...

    ReplyDelete
  3. wahhh.. info yang bagus.. baru Nurul tahu.. tak menyesal tukar domain :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tukar domain dh tapi baru tahu? bahaya ni hehe

      Delete
  4. Thanks for info.. sekarang ni lebih faham bab hosting tu ..
    Hope entry ni membantu kefahaman ttg domain n hosting kepada ramai blogger di luar sana ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 mrspip... tahniah dh pakai domain

      Delete
  5. Ada effect pada google adsense tak Sis Hawa. Sebab sebelum ini GV pernah kat mana ya, kata lepas tukar domain, Google Adsense tak dapat detect ke cmner. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila dah tukar mmg kena set balik adsense.. sama juga mcm tukar template..

      Delete
  6. Ai ada niat nak tukar domain.. tapi nak achieve target dulu. Lepas tu baru tukar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. goodluck!! takpe at least niat tu dah ada

      Delete
  7. baca kak hawa explain clean & clear tentang domain dan hosting hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... lega dengar :D x sia2 sis taip panjang lebar hehe

      Delete
  8. dah lama brblogging ni , tapi tak terjebak lgi nak beli domain blog

    ReplyDelete
  9. bila kita dah serius berblog,wajib beli domain sendiri...dulu pun confuse jugak pasal domain ni,dah tau sikit-sikit barulah berani nak guna domain sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kata blogger kan.. elok la pakai domain :D

      Delete
  10. Nice sharing kak...blog ne pon dah berdomain

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Lokman... ha ah blog akak smua dh berdomain :D

      Delete
  11. Oo camtu ke. Baru faham hikhik thanks ya

    ReplyDelete
  12. nanti rabia nk tukar domain pm kak awa ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Rabia.. di alu-alukan.. kikiki :D

      Delete
  13. Oh baru faham. Memang keliru antara domain dan hosting. Thank you Sis Hawa...

    Kalau nak tukar ke domain sendiri, adsense macam mana ye?

    ReplyDelete