Header Ads

Makeover Blog Untuk Ika Sani

UNLIMITED BEAUTY SECRET by Ika Sani
Makeover kali ni aku buat untuk blog Ika Sani, seorang blogger yang amat cendurung ke arah beauty. Aku belum pernah kenal lagi dengan Ika sebelum ni tapi lepas dia mesej aku bertanyakan tentang servis makeover blog, maka start lah persahabatan antara aku dan dia.

Ika ni mula berblog sejak tahun 2011 lagi jadi tak hairanlah kalau blognya dah boleh mencapai followers sehingga 1100+. Ika juga seorang blogger yang agak aktif dan banyak jugalah event yang dihadiri oleh Ika selama ni. Selain review produk kecantikan, blog Ika juga turut memuatkan kisah berkaitan travel dan makanan.

Makeover untuk blog Ika ni aku lakukan 90% jer sebabnya Ika sendiri minta aku kekalkan headernya yang lama. Aku ikut jer permintaan owner. Jadinya, aku makeover bahagian lain supaya sesuai dengan header yang Ika miliki.

Untuk template ni pada bahagian atas blog, di letakkan navigation bar dan kotak search. Kemudian aku letakkan menu tab di bawah header mengikut tajuk yang Ika minta.

Ini pula sebahagian daripada makeover yang di lakukan pada bahagian body...

Makeover cuba di lakukan sebaik mungkin supaya sesuai dengan kehendak pelanggan
  1. Profile Picture
  2. Border Sidebar
  3. Media Social Icons
  4. Sidebar Title With Background
  5. Scrollbar With Background
  6. Readmore
  7. Share Icons

Akhir sekali bahagian Footer 
Untuk bahagian footer, Ika request TIGA BANNER yang bertajuk Beauty + Lifestyle + Food. Di bawah banner tu aku letakkan juga kata ucapan terima kasih pada para pengungjung yang sudi singgah ke blog Ika :D

Blog Ika ni aku makeover menggunakan basic code asas untuk template resposive jadi memang ada fungsi mobile friendly.




Lepas settlekan semuanya dan submit pada Ika, inilah jawapan yang Ika berikan....

Terharu sangat-sangat bila dapat komen macam ni tau. Happy giler! Ye lah, siapa tak suka bila hasil kerja yang kita buat dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh di hargai dan di puji oleh orang lain, betul tak? :D

Jom singgah ke blog Ika Sani >> http://www.unlimitedbeautysecret.com/


2 comments:

Powered by Blogger.