Header Logo Untuk Hakim Ramli - SISHAWA DESIGN
test banner

Hot

16.8.17

Header Logo Untuk Hakim Ramli

DUA Header Logo Untuk Hakim Ramli

Actually tempahan ni aku dah siapkan beberapa hari lepas lagi cumanya baru hari ni sempat nak storykan kat sini. Tempahan ni di buat oleh blogger Hakim Ramli aka Lokman. Aku panggil dia Lokman sebabnya FB dia nama Lokman Hakim... kiki.. mujur bukan Lokman Hakim si pelakon tu kan.

Aku start fren ngan Lokman ni kalau tak silap pada bulan Mei. Macam biasalah blogwalking, add FB, komen-komen dan akhirnya alhamdulillah Lokman request aku untuk buatkan header untuk dua blognya. Haa, sampai dua header sekali dia request. :D

Header pertama untuk blog PICISAN HAKIM RAMLI
Header ke dua untuk blog MY INFO SUKAN

Berkerjasama dengan si Lokman ni senang je. Dia dah tahu header macamana yang dia nak dan dia juga langsung tak banyak songeh. Bila aku cakap aku kena siapkan tempahan orang  lain dulu dia terus cakap okay dan tunggu dengan sabar. Beberapa hari selepas menerima bayaran, aku pun submitlah wajah header untuk ke dua-dua blog tu.


Alhamdulillah... Lokman terus cakap OKAY!! Lega rasa hati... Risau juga aku sebenarnya sebabnya aku ni kan pompuan. Manalah tahu kalau-kalau design aku tak menepati citarasa pihak kaum adam. Citarasa kaum hawa dan kaum adam ni bukannya sama. Lepas siap di pasang, beginilah wajah terbaru untuk ke dua-dua blog Lokman tu.
BLOG PERTAMA 

BLOG KE DUA
Aku rasa berbangga juga bila dapat tempahan dari saudara Lokman ni. Nak tahu kenapa? Sebabnya dia ni seorang yang bijak pandai juga dalam dunia blog. Percaya atau tidak, pageviews blognya mencecah 4000+ setiap hari. Hebat kan?

Jom singgah ke blog hebat milik Lokman....
http://www.hakimramli.com/
http://www.myinfosukan.com/

2 comments:

  1. hasil kerja kak awa mmg cantik n awesome...

    ReplyDelete
  2. Wahhh tahniah kak.. Tapi memang cantik la

    ReplyDelete