https://madihahdaisy.blogspot.my/
MADIHAHDAISY, itulah nama blog yang buat tempahan untuk di makeover baru-baru ni. Ownernya sweet sangat dan cukup mesra dengan panggilan MADI di kalangan blogger.

Actually aku pun baru je kenal dengan Madi ni. Itupun sebab dia mesej aku untuk dapatkan khidmat makeover blog ni.

Bila aku tanya pada Madi, blog bagaimana yang dia idamkan? Kata Madi dia cukup suka dengan gaya bohemian. Ala-ala gypsy gitu. Haa... lain daripada yang lain kan? Terkejut juga aku mula-mula tu dengan permintaan Madi tapi mujurlah aku tahu juga serba sedikit style bohamien ni.

Bila aku tanya lagi tentang detail seterusnya. Madi memberitahu yang dia nakkan sebuah blog dalam gaya readmore dengan warna pastel. Yang paling penting mesti nampak kemas dan sweet. Ye lah dah namapun blog seorang hawa kan? Of course lah nak nampak sweet. Madi juga minta aku letakkan gambarnya di sidebar blog sebagai tanda pengenalan tentang si penulis blog.

READMORE dan PROFILE PICTURE seperti yang di minta oleh Madi.
Kat bahagian bawah (footer) aku letakkan tiga buah column dan aku isikan dengan tiga widget yang berlainan iaitu recent comment, top commentators dan juga shoutbox. Kalau nak tahu tiga column di bahagian footer ni memang selalu aku letak di mana-mana blog yg pernah buat tempahan dengan aku. Kiranya dah macam salah satu dari signature aku pula. But tak kisahlah sebabnya costumer banyak bagi feedback positif tentang rupa footer macam ni :D
tiga column di bahagian footer
Apa yang membuatkan aku makin terharu, Madi bukan hanya beri komen positif di inbox malah beliau juga sudi share tentang hasil kerja aku ni sebagai bahan bacaan umum di blognya tu melalui entry ni >> https://madihahdaisy.blogspot.my/2017/08/blog-semakin-cun-dengan-sentuhan-siapa.html

Of course la happy kan bila ada orang beri feedback macam tu. Rasa semangat sangat untuk terus hasilkan design blog yang lebih baik lagi dari masa ke semasa.

Yang pasti, misi untuk makeover blog Madi telah pun berjaya. Alhamdulillah :D


4 comments

  1. Blog sishawa design ni pun dah makin cun melecun....tinggal nak buat domain jer lagi kan ..hehehe...semoga sukses tau ....suka design2 awa ...

    ReplyDelete