Header Ads

Full Edit Blog Untuk Fai Nardir

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, sejak mula buat tempahan servis edit blog makin hari makin ramai blogger yang contact untuk dapatkan servis makeover ni. Wah wah wah, nampaknya semua nak tukar baju baru ye. Itu tandanya blogger di negara kita ni makin aktif dari hari ke hari. Siapa yang ingat blogger negara kita ni dah sendu memang salah besar.

Blog juga semakin famous di kalangan para seller online. Buktinya hari ni aku baru je siapkan tempahan full edit blog untuk seorang lagi seller online. Nama beliau ialah Fai Nardir, seorang agen sah untuk produk SHAKLEE.

Aku tak pernah kenal Fai sebelum ni. Kebetulan dia mesej aku minta aku buatkan header baru untuk blognya. So,alang-alang nak tukar header aku tanyalah dia samada benar-benar hanya nak tukar header saja atau nak tukarkan sekali rupa keseluruhan template. Bukannya apa, sebabnya sebelum ni blog Fai tu gunakan template biasa je yang bukan responsive. Lepas beri sedikit info dan berbincang itu ini termasuk harga, Fai setuju untuk tukar keseluruhan template. Ye lah, bila ambil full pakej boleh jimat banyak tau!

Tapi....Fai minta aku berikan dia sedikit masa sebabnya dia juga bercadang untuk pakaikan blognya dengan domain. Kebetulan masa tu aku belum buat servis design blog sekali domain lagi jadinya Fai usaha sendiri untuk beli dan pasangkan domain pada blog kesayangan beliau tu. Lepas dah settle pakaikan blognya dengan domain IBUADAMS DOT COM, Fai terus contact aku semula untuk dapatkan servis design blog.

Berurusan dengan Fai ni cukup-cukup mudah sebabnya dia bukan seorang yang cerewet. Makin hari kenal dengan Fai rasa makin best plak... mungkin sebab kami berdua ni sama-sama bergelar ibu yang berkerja sepenuh masa dari rumah kot.

Fai mahukan sebuah blog yang simple dengan warna BIRU + KUNING. Fai juga tak nak ada bunga-bunga di headernya. Yang penting Fai mahu blognya kelihatan kemas dan dapat menampakkan ciri-ciri seorang wanita yang aktif berkerja dan berbisnes hanya dari rumah tanpa mengabaikan anak-anaknya.
HEADER UNTUK BLOG FAI 
Apa pendapat ualls untuk header blog Fai ni? Okay ke idak? Kalau ualls cakap tak okay sekalipun aku dah tak leh nak jawab apa-apa sebabnya untuk dapatkan rupa header ni pun, aku dah buat bermacam-macam gaya sebelum tu. Daripada gambar asal yang Fai beri ni berserta dengan latarbelakang sampailah aku buang segala latarbelakang dek kerana hati aku sendiri rasa tak puashati.

HEADER BLOG FAI YANG AKU SENDIRI BUAT & YANG AKU SENDIRI REJECT..HAHA.. 
Aku memang macam tu dari dulu.. selagi aku rasa tak puashati maka selagi tu lah aku akan edit. Biarlah terpaksa ambil masa lebih panjang janji aku puas dan dalam masa yang sama pelanggan juga amat-amat berpuashati dan happy dengan keputusan terakhir. Kalau setakat buat kerja cincai-cincai je baik suruh owner blog edit sendiri je.. ye tak? Tapi biasalah, tak semestinya semua orang punya citarasa yang sama dengan aku ni cuma aku bersyukur sebabnya majoriti pelanggan yang aku dapat semuanya sporting dan berpuashati dengan result terakhir yang aku submit, alhamdulillah.. yang penting jika ada bayangan blog idaman kenalah bagi gambaran yang tepat.

Untuk bahagian bodynya pulak...
Antara editing yang di lakukan ke atas blog Fai


1- Tajuk Pada Bahagian Menu
2- Profile Picture
3- Logo Shaklee
4- Kotak Search
5- Icon Media Sosial
6- Cantikkan Tajuk Sidebar
7- Letak Frame Pada Sidebar
8- Letak Scrollbar Pada Setiap Kategori
Setelah selesai semua kerja makeover... inilah dia rupa keseluruhan untuk blog milik Fai dengan berlatarbelakangkan wallpaper corak plaid kecil-kecil dari warna kuning cair.


PENAMPILAN MELALUI LAPTOP & PC



 PENAMPILAN MELALUI HANDPHONE

Alhamdulillah... Fai bersetuju dan selesa dengan hasilnya. Ualls pula macamana? Ok ke tidak?

3 comments:

  1. hehehe.. terima kasih kak awa.. banyakkk lagi nak ekna edit tu, dah lama sangat bersawang

    ReplyDelete

Powered by Blogger.