Full Edit Blog Untuk EFAAEOFA - SISHAWA DESIGN
test banner

Hot

9.8.17

Full Edit Blog Untuk EFAAEOFA

Template kali ni sudah pun menjadi kepunyaan Nurul Aifaa (Faa), salah seorang peniaga online yang juga merupakan seorang blogger. Warna yang di pilih oleh Faa ialah biru kehijauan dan coklat muda (seakan-akan peach). Aku pun suka padanan warna ni. Nampak simple tapi lawa.

Blog milik Faa ni bukan hanya menceritakan hal semasa tentang diri cik empunya blog malah turut di selitkan juga dengan pelbagai info dan tips. Aifaa sendiri seorang yang agak peramah.

Mula-mula sekali kita tengok bahagian headernya dulu ya. Faa sendiri yang request nak tulisan bersambung untuk tajuk blognya. Malah Faa juga beritahu yang dia tak nak ada apa-apa tulisan yang lain lagi di bahagian header ni. Bila aku beri cadangan untuk letak sedikit bunga sebagai penaik seri, Faa terus cakap okay... Kira mudahlah berurusan dengan si Faa ni sebabnya dia tak banyak songeh :D

Settle semua urusan anak-anak, aku mula start dengan buatkan header untuk Faa. Berjam-jam jugalah menghadap di depan laptop untuk mencari ilham bagi mendapatkan rupa ni...

Alhamdulillah.. Allah kirimkan juga idea untuk siapkan wajah header. Bila dah ada header mudahlah sikit untuk buat step berikutnya. Sekarang aku mulakan design untuk bahagian menu bar. Menu di buat mengikut tajuk yang di minta oleh Faa.


Jom kita tengok bahagian body blog Faa pulak ya. Untuk post entry template ni menggunakan style Read More. Kemudian di sebelah kanan blog tersusun sidebar yang nampak kemas dan tersusun. Warna utama yang di gunakan masih lagi kekal sama supaya tidak lari dari konsep asas. Ye lah kan tak pasal jadi rojak plak.. haha.

Seperti biasa juga, aku pasti akan meletakkan gambar pemilik yang sudah pun di edit mengikut rupa header. Matching gitu... barulah sweet kan?
Last sekali, of courselah bahagian footer. Mana boleh ada pembuka tanpa penutup ye dak? Kalau tudung dah lawa, baju dah cantik... kasut pun of course nak lawa juga dan semestinya haruslah sepadan dengan penampilan keseluruhannya. Ala macam pakai baju kat badan lah jugak... Tak kan tudung warna hijau, baju warna merah, kasut warna kuning?? Kikiki..





Jika view melalui handphone akan berubahlah sedikit kedudukannya. Yelah handphone tu kan kecik je. Tapi at least masih nampak rupa design yang di hasilkan.



Inilah reaksi Faa bila lihat wajah baru blognya. Keterujaannya Faa membuatkan aku sangat-sangat happy!!! Rasa puas sangat kat hati ni dan penat lelah selama hampir dua hari bermain dengan colour, design dan coding mula hilang secara perlahan-lahan.... alhamdulillah :D


Apa pendapat ualls? Ok ke tidak design ni? Kalau berminat untuk dapatkan servis makeover blog, boleh lihat dulu senarai harganya DI SINI dan kalau rasa betul-betul berbaloi bolehlah tinggalkan mesej di inbox FB untuk langkah selanjutnya..

Blog Efaa >> http://efashi.blogspot.my





8 comments:

  1. Cantik dan tahniah pada sis hawa,makin bersemangatlah lepas ini pemilik untuk berblogging.... jom lawat blog sy http://www.pokucu.com/ terima kasih ....

    ReplyDelete
  2. Tak pening ke nak ubah design sis.. ramai customer design mesti nak lain2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mau tak pening. sbb tu sis tak leh buat kalau costumer push. Nak fikirkan tentang design tu satu hal.. nak edit code tu 1 hal pulak. Tapi tu la, mana ada rezeki yg datang bergolek kalau kita tak usaha.. Alhamdulillah Allah buka jalan rezeki sis dlm bidang ni pun sis dah rasa syukur sgt2 :D

      Delete