Header Ads

Full Edit Blog Untuk Ummi Lathif


Assalamualaikum.. Hari ni nak tunjuk rupa terbaru untuk blog Ummi Lathif. Ummi membuat tempahan dengan memilih pakej no2 iaitu Responsive Design. Ummi mahukan sebuah template yang nampak kemas dan bersih. Tak nak serabut-serabut katanya. Yang paling penting of course lah CANTIK! :D 

Bila di tanya dengan lebih lanjut tentang rupa blog yang menjadi idamannya, Ummi tanpa tunggu lama menghantar satu lakaran kasar yang di buatnya di atas kertas pada aku. 

Senang nak faham bila dapat lakaran kasar seperti ini.

Setelah dapat lakaran kasar, aku dan Ummi mula berbincang soal design pula. Ummi meminta aku untuk membuat tema pastel dengan warna PINK dan HIJAU. Soft and sweet gitu. Nak juga sedikit bunga-bunga katanya. Yelah dah namapun wanita kan? Bunga dan wanita pasti sukar untuk di pisahkan. Aku pun sama. Memang cukup suka dengan bunga-bunga.

Selepas mendapat gambaran dari Ummi, aku mula membuat design mengikut apa yang Ummi mahukan. Syukur alhamdulillah, ilham dari Allah tiba jua hingga membolehkan aku menyiapkan tugasan ini untuk Ummi.

Aku terus submit pada Ummi dan inilah jawapan balas dari beliau.

Inilah dia rupa blog Ummi Lathif selepas siap di pasang dengan template barunya. Apa pendapat ualls? 
Simple, Kemas, Soft & Sweet

Template Responsive yang mempunyai fungsi Mobile Friendly

Terima kasih pada Ummi Lathif kerana sudi membuat tempahan ini.
https://ummilathif.blogspot.my/

Untuk membuat tempahan dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi melalui facebook (SINI) atau melalui email: sishawadesign@gmail.com

1 comment:

  1. memang cantik lah kalau hawa yang design blog nih..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.