Header Ads

Panduan Memilih Tajuk Artikel Untuk Blog

Tajuk atau headlines adalah satu perkara yang cukup penting untuk semua jenis penulisan. Ia adalah titik awal samada penulisan kita tu boleh menarik minat si pembaca atau tidak.

Sis percaya ramai yang alami masalah ni tiap kali selesai menulis artikel kan? Kat sini sis nak kongsikan sedikit tips bagaimana untuk memilih tajuk artikel yang sesuai.

Sis selalu kategorikan tajuk artikel ni kepada TIGA(3) kumpulan.
1- Terang dan jujur
2- Kejutan
3- Tanda tanya

Sebagai contoh, di dalam blog ini sis lebih memilih kategori pertama sebagai panduan untuk meletakkan tajuk iaitu terang dan jujur. Kerana itu tajuk artikel di blog ini lebih bersikap straight forward dan tidak melencong di mana-mana. Dari awal pembaca telah tahu apakah artikel yang sedang di baca.

Manakala pada blog utama sis iaitu BLOG SIS HAWA, sis gunakan tajuk dari kategori ke dua iaitu kejutan. Pembaca blog utama sis kebanyakkannya semua sudah sedia maklum yang sis suka sangat bikin tajuk panas-panas. Sis dari dulu memang sukakan suspen. Elemen suspen ni sis sudah lama gunapakai termasuk semasa menulis cerita.

Ini antara reaksi pembaca di BLOG SIS HAWA.
Di sini sis terangkan serba ringkas apakah kelebihan dan kekurangan jika menggunakan tajuk dari ke tiga-tiga kategori tersebut.


1- Tajuk artikel yang terang dan jujur
Tajuk begini selalunya di pilih supaya sama seperti keyword untuk artikel terbabit. Ia akan membuatkan semua pembaca berasa puashati sebabnya mereka boleh mendapatkan info yang terang, padat dan tepat sebagaimana yang tertera pada tajuk.

Namun tidak di nafikan kadangkala artikel dengan tajuk sebegini di tulis dengan ayat yang terlalu panjang sehinggakan pembaca mula berasa malas. Kadangkala pembaca malas membaca dari awal sehingga akhir dan hanya melihat pada point yang telah di highlightkan oleh penulis semata-mata. Lebih memburukkan keadaan sekiranya artikel di tulis tanpa meletakkan sebarang gambar sama sekali.

Antara artikel yang sis tulis tajuknya dengan cara ini ialah:



2- Tajuk artikel yang ada unsur kejutan
Tajuk yang ada kejutan membuatkan pembaca tidak sabar untuk tahu apakah sebenarnya isi artikel tersebut. Pembaca akan membaca dengan penuh khusyuk kerana mahu tahu segala-galanya dari awal sampai habis. Pembaca tidak boleh membaca sepintas lalu kerana ia boleh menyebabkan salah faham akan cerita sebenar yang ingin di sampaikan di dalam artikel terbabit.

Manusia memang punya sifat ingin tahu yang amat tinggi maka tidak hairanlah jika tajuk dengan unsur kejutan sering di pilih sebagai bahan bacaan. Namun tajuk dengan unsur kejutan sebegini tidak boleh di gunakan setiap masa di dalam blog kerana jika selalu di beri elemen tersebut maka pembaca boleh merasa bosan dan benci. Yelah jika selalu sangat kena kejutan bukan suprise lagi namanya kan? Jadi unsur kejutan ini boleh di gunakan cuma jangan terlalu melampau.

Antara tajuk yang telah sis tulis dengan unsur kejutan ialah:



3- Tajuk artikel dengan unsur tanda tanya
Ini juga merupakan salah satu cara yang terbaik semasa menulis artikel. Selalunya tajuk begini di lakukan dengan cara mengubah ayat keyword ke dalam bentuk soal tanya. Tajuk begini bagus untuk membuatkan artikel kita tu tampak berbeza, kreatif serta menarik untuk di baca.

Sis berikan beberapa contoh untuk lebih faham.


Tajuk-tajuk tersebut boleh membuatkan pembaca rasa tertanya-tanya dan mahukan jawapan. Maka artikel terbabit haruslah di tulis dengan sebuah jawapan untuk merungkai persoalan terbabit di penghujung entry. Pastikan, jawapan hanya di berikan di penghujung entry ya. Kalau jawapan terus di berikan pada awal artikel maka semestinya mood tanda tanya tadi akan hilang begitu saja tanpa perlu  pembaca membaca keseluruhan artikel terbabit.


Gunalah apa saja kategori tajuk artikel yang dirasakan sesuai tapi sila pastikan yang tajuk dan isi artikel terbabit ada kaitan antara satu sama lain. Pastikan juga ia boleh memberi info dan manfaat pada pembaca yang lain. Tolong jangan tulis tajuk yang tidak ada kaitan sama sekali dengan isi artikel terbabit kerana ia akan membuang masa pembaca yang lain begitu saja.

5 comments:

  1. Mai selalu aplikasikan ketiga-tiga cara tersebut, ikut kesesuaian artikel dan kefahaman pembaca juga. Hehehe, rasanya nak pilih tajuk adalah part paling kritikal semasa nak publish entry.

    ReplyDelete
  2. sama la..bab tajuk tu mmg jenuh jugak nak perah otak..hehe

    ReplyDelete
  3. mmg memerah otak jugak kan nak cr tajuk yang buat org tertarik nak baca... kena menuntut lagi ni...hihihi

    ReplyDelete
  4. boleh try cara 2 dan 3 nie.. hehe

    ReplyDelete
  5. Entry dah siap, tajuk tak reti nak buh apa...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.