Header Ads

Kenali Nama-Nama Border Utama




Terlalu banyak jenis border yang boleh di buat semasa edit blog dan 9 jenis border ini adalah yang paling kerap di gunakan semasa mengedit blog. Dalam banyak-banyak border semestinya border dari jenis 'solid' lah yang paling banyak di gunakan. Tapi walaubagaimanapun sis paling berminat dengan border jenis dashed sebabnya ia kelihatan seolah-olah seperti sebuah jahitan yang kemas.
Selain solid dan dashed, border dotted juga agak popular di kalangan para blogger.

Semua border ini boleh di buat dalam warna yang kita suka dan kod untuk membuat sesebuah border ini juga cukup mudah. Awak hanya perlu taipkan border : ketebalan jenis #warna

 Sebelum di letakkan ke dalam blog, code ini terpaksa di ubah ke dalam bentuk html dan dan setelah di tukar rupa kod ini akan kelihatan sepeti ini >> border : 1px dashed #000


Jika mahu lebih tebal, apa yang perlu awak buat hanyalah ubah nombor 1 kepada nilai nombor yang lebih besar.

Jika mahu tukar jenis border, awak hanya perlu buang perkataan dashed dan gantikan dengan nama border yang lain.

Manakala jika mahu tukar warna, awak hanya perlu gantikan kod warna tersebut kepada kod warna yang lain. Jenis-jenis color boleh di lihat di sini >> http://www.color-hex.com/

Harap perkongsian ni dapat beri sedikit panduan pada blogger yang baru. :D



1 comment:

Powered by Blogger.