Full Design/Edit Blog Untuk Nour Adieb - SISHAWA DESIGN
test banner

Hot

4.3.17

Full Design/Edit Blog Untuk Nour Adieb

Kelmarin sis dah berjaya makeover blog milik Nour Adieb. Nour mesej di email dan memberitahu yang dia nak kan sebuah blog yang simple saja dari warna purple cuma pada bahagian header beliau mahukan bunga-bunga sebagai penyeri. Selebihnya dia berikan kepercayaan kepada sis untuk merekabentuk design blog tersebut.

Ini adalah wajah blog Nour sebelum di makeover.

Selepas membuat lakaran kasar dan memikirkan design header bagaimana yang sesuai dengan Nour, sis terus start kan kerja. Nour sama sekali tidak tahu bagaimana agaknya rupa blog beliau nanti kerana kerja mengedit blog sis lakukan di blog sis sendiri. Cara ini lebih senang dan praktikal sebab sis senang membuat kerja editing tanpa perlu teragak-agak dan tuan punya blog juga bebas untuk menggunakan blognya setiap biasa. 

Akhirnya kod template untuk blog Nour siap sepenuhnya. Selepas di berikan link untuk live demo pada Nour, beliau terus cakap setuju. Alhamdulillah. Cukup senang bila berkerjasama dengan Nour. So far semua costumer yang sis dapat baik-baik belaka, takde yang cerewet. Syukur.

Ini lah dia wajah blog Nour selepas di makeover, apa pendapat awak?



Terima kasih sekali lagi di ucapkan pada Nour kerana membuat tempahan di sini. Terima kasih juga pada semua pelanggan kerana telah memberikan feedback yang cukup baik.





10 comments:

  1. Untung orang pandai coding ni... paling penting setiap design perlu berbeza kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya semua design tak akan sama. boleh la sikit2

      Delete
  2. Cantik blog baharu Nour Adieb...
    Kreatif sungguh Siti Awadah 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. terima kasih atas feedback ni :D

      Delete
  3. Kak Awa, boleh tak mai share pendapat sikit, hehehehe.

    Mai rasa akan lebih kemas kalau header dan footer tu kak awa bagi sama width dengan body blog tu, hehehehe.

    Tapi ni pendapat mai sahaja :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je bagi pendapat, sis terima dengan baik :D actually sis saja buat cmtu sbb nak lari ckit dr designer blog yang lain... hehe

      Delete
    2. Oooo, trademark sis awa rupanya <3 <3 <3

      Delete
    3. hehe.. mula2 submit mcm tu pastu kalau costumer cakap apa yg mai cakap, sis akan selarikan.. kalau costumer terima alhamdulillah.. lebih kurang mcm tu la

      Delete