CARA PASANG FOLLOW BUTTON PADA SIDEBAR BLOG - SISHAWA DESIGN
test banner

Hot

17.3.17

CARA PASANG FOLLOW BUTTON PADA SIDEBAR BLOG


Tutorial kali ini di minta oleh Liez yang merupakan pemilik pada blog Dearies Couple. Kebetulan Liez baru je dapatkan khidmat sis untuk edit sepenuhnya blog beliau maka Liez pun tanyalah sis melalui inbox fb bagaimana cara untuk pasang follow button dan chatbox.

Artikel ni sis kongsikan tutorial tentang Follow Button dulu ya dan tutorial tentang chatbox sis akan share di next entry, Inshaa Allah.

Okay, actually ada 2 (DUA) cara bagaimana untuk pasang follow button ni pada blog. Cara pertama hanya dengan menggunakan tulisan 'follow' dan cara ke dua adalah dengan menggunakan gambar yang sesuai sebagai button untuk 'follow'. Jangan risau sis akan ajar ke dua-duanya sekali dan terpulanglah nanti nak guna cara yang mana satu ya.


Cara pertama:
cuba klik ayat ini >> FOLLOW ME dan lihat apa yang terjadi. Faham kan? Sebaik saja klik automatik akan melihat button untuk follow blog sis ni.

Cara ni cukup cepat dan mudah dan boleh di letak pada bahagian sidebar. Apa yang perlu awak lakukan hanyalah:
1- Login ke akaun blogger >> Dashboard >> Layout >> Add a Gadget/Html
2- Copy dan Paste kod di bawah ini ke dalam kotak Html tadi
<a href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID= BLOG ID AWAK">FOLLOW ME</a>
3- Tukarkan perkataan BLOG ID AWAK kepada blog ID sendiri. Kalau tak tahu kat mana nak dapatkan Blog ID , boleh lihat tutorialnya di sini

4- Boleh tukarkan perkataan FOLLOW ME kepada perkataan yang lain. Terpulanglah nak letak apa pun ya.
5- Save!


Cara ke dua:
Macam yang sis dah cakap masa awal-awal tadi cara ke dua adalah dengan menggunakan gambar yang sesuai sebagai button.

1- Login ke akaun blogger >> Dashboard >> Layout >> Add a Gadget/Html

2- Copy dan Paste kod di bawah ini ke dalam kotak Html tadi
<a href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=BLOG ID AWAK"><img border="0" src="LINK URL IMAGE" width="200" /></a>

3- Tukarkan perkataan BLOG ID AWAK kepada blog ID sendiri.

4- Sekarang tukarkan perkataan LINK URL IMAGE kepada link image yang di sukai.

5- Save!!

Sis juga dah sediakan beberapa image button follow me yang sesuai Di Sini. Good luck! :D



2 comments: