Header Ads

Cara Dapatkan ID Facebook

Assalamualaikum, petang tadi sis telah up kan cara bagaimana untuk letak kotak komen facebook di blog. Dalam tutorial tersebut memerlukan kita untuk memasukkan ID facebook. Jadi salah seorang rakan blogger mahu tahu bagaimana untuk mendapatkan ID facebook tersebut.


Sebenarnya jawapan untuk perkara ini agak mudah dan sudah pun ada di depan mata cuma tidak dinafikan masih ramai yang keliru tentang ID facebook ni. Sis sendiri dulu pun tertanya-tanya apa itu ID facebook dan bagaimana nak dapatkan ID ni? Jadi sekarang sis akan terangkan dengan jelas berkaitan ID facebook ni.

Mula-mula masa kita nak masuk ke laman web facebook, selalunya kita akan taip 'facebook' kan? Dan secara automatiknya Mr.Google akan menghantar kita secara terus ke halaman facebook. Maka link url yang akan tertera adalah >> https://www.facebook.com/


dan apabila kita klik pada gambar profile akaun facebook, kita akan di bawa pula ke halaman utama akaun facebook kita sendiri dan link tersebut akan turut bertukar kepada ayat yang lebih panjang dan khusus. Jika awak perasan ada beberapa nombor yang akan muncul pada bahagian hujung link. Itulah dia kod ID facebook yang di cari-cari. Kod ini turut di kenali sebagai 'personal numeric ID'. Setiap link ada kod ID nya yang tersendiri dan dengan adanya kod ID ni mesin carian dapat menjalankan tugasnya dengan tepat dan berkesan. 


Jika ada mana-mana tutorial meminta kita untuk memasukkan ID facebook, jangan susah hati, apa yang perlu di buat adalah copy keseluruhan link berserta dengan personal numeric ID tersebut. Sis harap penjelasan ni dapat menghilangkan kekeliruan rakan semua tentang ID Facebook.

4 comments:

  1. Copy semua url pun boleh ya? Atau letak numeric saja? Jika dah tukar numeric tu jadi nama jadi copy semua juga?

    ReplyDelete
  2. copy semua sebab kalau numeric saja tak akan pergi ke link yang perlu google tuju

    ReplyDelete
  3. Tak ingat dah camne caranya. Rasanya kalau ada tutorial ni boleh je folo stepnya.

    ReplyDelete
  4. lawa baru tahu fb pun ada id .. huhuhuhuhu

    salam BW :) #44

    ReplyDelete

Powered by Blogger.