Scroll Bar di Blog Archive - SISHAWA DESIGN
test banner

Hot

26.2.17

Scroll Bar di Blog Archive

Tengok tu, makin hari semakin banyak tajuk di blog archive. Naik serabut pulak mengelihnya. Ini kalau di biarkan mau panjang sampai ke footer sidebar blog ni.
Tapi takpe, untuk selesaikan masalah ni sis boleh pasang scrollbar. Lepas ni dah tak payah nak risau sidebar jadi panjang ke bawah lagi. Bagi rakan-rakan blogger yang turut alami masalah yang sama macam sis, boleh follow step by step macam yang sis sediakan kat bawah ni okay...

1. Login ke akaun blogger >> Dashboard >> Design >> Edit Html

2. Klik cursor di mana-mana saja bahagian di dalam kotak code Html dan tekan butang Ctrl + F secara serentak untuk membuka kotak search

3. Masukkan code di bawah ini ke dalam kotak search dan tekan Enter
<div id='ArchiveList'>
4. Sebaik saja jumpa kod di atas, sila perhatikan kod di bawah ini yang terletak betul-betul di atas kod <div id='ArchiveList'> yang di cari tadi.
<div class='widget-content'>
Boleh rujuk pada gambar di bawah ni ya...

5. Okay sekarang gantikan (padam) kod <div class='widget-content'> tersebut dan terus gantikan dengan kod di bawah ini.
<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>
Nombor yang sis highlightkan dengan warna biru tu adalah size scrollbar, awak boleh adjust size mengikut kesesuaian blog masing-masing.

6. Preview dulu dan jika betul-betul menjadi pada bahagian blog archive baru tekan SAVE ye..


Alhamdulillah... sis punya dah menjadi, selamat mencuba!! :)

No comments:

Post a Comment