Cara Buang Subscribe to Post Comments (Atom) - SISHAWA DESIGN
test banner

Hot

27.2.17

Cara Buang Subscribe to Post Comments (Atom)



Di dalam sesebuah blog ada dua jenis subscribe selalunya.
1- Subscribe to Post (Atom)
2- Subscribe to Post Comments (Atom)

Subscribe to Post (Atom) selalunya akan muncul di bahagian bawah halaman utama manakala Subsribe to Post Comments (Atom) akan muncul di bahagian bawah halaman untuk setiap pages.

Mungkin ada yang tak kisah mana pun tentang kewujudan subscribe ni tapi bagi yang blog tampak lebih lawa dan elegant, memang sah-sah la akan di hilangkannya benda alah ni tanpa sebarang rasa bersalah.

Okay ada DUA kaedah untuk atasi perkara ini. Sama ada untuk hilangkannya dari pandangan mata (kita jadikannya halimunan) atau terus di buang buat selama-lamanya (pergi yang tidak akan kembali).

Dan terus terang, sis lebih suka gunakan cara ke dua sebab alang-alang memang dah tak nak, baik terus buang jer. Habis cerita. Selesai masalah. Tak yah nak pening kepala lagi.

Apapun kat sini sis bagi ke dua-dua cara tersebut, kemudian terpulanglah atas pilihan masing-masing samada nak guna cara A atau B. Yang penting happy.. :D


1. Hilangkan Subcribe to Post (Atom)
1- Login ke akaun blogger >> Dashboard >> Template >> Html

2- Klik kan cursor di mana-mana bahagian di dalam kotak code Html dan tekan butang Ctrl + F secara serentak untuk membuka kotak search.

3- Masukkan code di bawah ini ke dalam kotak search dan tekan Enter
<!-- feed links -->
4- Sekarang gantikan kod <!-- feed links --> yang di cari tadi dengan code di bawah ini:
<!-- feed links--> <b:include name='feedLinks'/>
5- Preview dan jika tiada apa-apa error terus tekan Save!


2. Hapuskan Subscribe to Post dan Subsribe to Posts Comments (Atom) Serentak
1- Login ke akaun blogger >> Dashboard >> Template >> Html

2- Klik kan cursor di mana-mana bahagian di dalam kotak code Html dan tekan butang Ctrl + F secara serentak untuk membuka kotak search.

3- Masukkan code di bawah ini ke dalam kotak search dan tekan Enter
<div class='feed-links'> 
4- Cari keseluruhan code di bawah ini:
<div class='feed-links'>
<data:feedLinksMsg/>
<b:loop values='data:links' var='f'>
 <a class='feed-link' expr:href='data:f.url' expr:type='data:f.mimeType' target='_blank'>
<data:f.name/> (<data:f.feedType/>)</a>
</b:loop> </div>
5. Padam ke semuanya sekali tanpa was-was.

6. Preview dan jika tiada apa-apa error boleh terus Save!

SELAMAT MENCUBA! Happy blogging.... <3

No comments:

Post a Comment