SISHAWA DESIGN

Hot

test banner

4.4.18

GIVEAWAY HADIAH MELETOP BY LEA AZLEEYA & FRIENDS

23:17 3
Salam.... hari ni nak cuba join contest lagi. Kali ini yang di anjurkan oleh salah seorang ahli #teambpt sendiri. Beliau yang aku maksudkan Lea Azleeya.. Jom jom pakat join.. =D

KLIK BANNER UNTUK JOIN
SENARAI HADIAH

➦ 2 helai Tudung Aidijuma + sebuah buku motivasi preloved x 3 pemenang (Lea Azleeya)
➦ Wang Tunai RM50 x 1 pemenang (Shad)

➦ Sebuah Komik Jali Ohsem x 3 pemenang (Ankel Jonni)

➦ Sebotol Sambal Garing Che Nor (150gm)  x 5 pemenang (Kak Yang)

➦ Hadiah Misteri x 1 pemenang (Lea Azleeya)





Read More

31.3.18

A SFRNFZL Giveaway

19:56 6
https://realsviors.blogspot.my/2018/02/a-sfrnfzl-giveaway-blog-and-twitter.html
klik banner untuk join

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN -untuk blog.
   1. Warganegara Malaysia sahaja.
   2. Mesti ada blog sendiri. (strictly no giveaway blog, promotion blog, art blog)
   3. Follow blog ini.
   4. Buat satu entri baru -
               a) Tajuk : A SFRNFZL Giveaway - DONE!
               b) Letak gambar banner - DONE!
               c) Backlink ke entri - DONE!
               d) Sambung ayat ini : Saya suka berblogging kerana - DONE!
 
Saya suka berblogging kerana ia dapat memberi saya kepuasan! Ya kepuasan! Kepuasan kerana dapat berkongsi info, dapat menambah kenalan dan yang paling penting kepuasan kerana dapat menyimpan kenangan lama dengan mudah dan senang di dada blog tercinta. Kenangan yang telah tersemat ini bukan hanya boleh di lihat semula oleh diri sendiri malah oleh anak-anak yang semakin membesar. Blog adalah sebuah hadiah dan juga 'wasiat kata-kata berserta gambar' ikhlas dari diri sendiri untuk suami, anak-anak, keluarga dan rakan setelah diri sendiri telah tiada nanti. 
 
BLOGGING IS AWESOME!!
 
 
Read More

28.3.18

KELEBIHAN MENGINAP DI HOTEL BERHAMPIRAN PANTAI - LANGKAWI

02:46 1
Assalamualaikum ualls....

Daku nak tanya.. kalau ualls pergi melancong situasi macamana yang ualls lebih suka pilih? Kawasan berbukit dengan air terjun dan cuaca yang sejuk atau kawasan pulau atau lautan dengan pemandangan ombak dan pasir putih yang menghempas pantai? Jika di tanya padaku dua pilihan ini, daku lebih sukakan kawasan pantai kerana itu aku tak serik-serik untuk bercuti ke Langkawi bersama keluarga dan kawan-kawan.

Apabila berpeluang untuk bercuti ke Langkawi, aku akan berusaha untuk mendapatkan hotel yang berhampiran dengan pantai. Apa tidaknya, cuba ualls bayangkan betapa seronoknya dapat melihat matahari terbenam, dapat melihat matahari terbit dan juga dapat bermain dengan seronoknya dengan bebas bak di angkasa di atas hamparan pasir halus yang luas bersama dengan insan tersayang.


Jika dapat menginap di hotel yang berhadapan dengan pantai bukan hanya dapat berjalan di persisiran pantai pada waktu siang hari semata-mata malah pada waktu malam juga. Makin bermakna apabila dapat makan malam di terangi cahaya bulan dan lilin sambil ditemani bunyi deruan ombak. Oh alangkah seronoknya suasana tu.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa bercuti dan menginap di hotel yang berhampiran dengan pantai ini lebih sesuai untuk pasangan yang berbulan madu tetapi daku menolak keras dakwaan tersebut. Bagi diriku, menginap di hotel yang berhampiran dengan pantai ini bukan hanya sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin sebagai salah satu destinasi untuk berbulan madu semata-mata tetapi juga amat sesuai untuk di jadikan sebagai percutian seisi keluarga sepertiku.

Suasana tenang dan nyaman di waktu awal pagi sambil melihat anak-anak mandi manda di belakang

Selain daripada dapat mengambil angin dengan udara yang bersih, kita juga berpeluang untuk melakukan pelbagai aktiviti di tepi pantai seperti bermain bananaboat, parasailing, jetski dan banyak lagi. Semua aktiviti ini boleh dilakukan bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain sebagai salah satu kenangan manis terindah yang boleh kita ingat sampai bila-bila.



Aku ni tidak berapa sukakan aktiviti yang tersangat lasak seperti panjat bukit sebab ada masalah gayat jadi kerana itu pantai adalah pilihan yang terbaik untuk seseorang yang punya rasa gayat seperti aku ni. Tambahan pula anak-anakku ni jenis suka berendam jadi lebih mudah untuk mengawasi pergerakan mereka yang sedang bermain dan mandi manda di gigi pantai daripada air terjun yang airnya agak sukar untuk kita duga kedalaman.Walaubagaimanapun, sebagai ibu bapa kita memang wajib mengawasi pergerakan anak-anak.

Jika ualls punya anak kecil sepertiku, ualls masih boleh berseronok bersama mereka di kawasan pantai dengan aktiviti yang di reka sendiri seperti berkelah, bermain layang-layang dan juga membina istana pasir. Paling mudah, ualls boleh jalan di pesisiran pantai sambil snap gambar banyak-banyak seperti yang ku lakukan ini dengan suami.


Bukan main seronoknya baby Kasih melihat air laut dan ombak yang sentiasa berlari-lari ke pantai. Udara pun nyaman dan menyenangkan. Bagi para suami, gunakanlah manfaat bercuti di tepi pantai ni dengan mengembirakan hati sendiri, hati isteri dan hati anak. Jika punya baby boleh pegang si kecil dengan tangan kanan dan genggamlah tangan si isteri dengan tangan kiri. 

Ualls lihatlah sendiri ombak yang bermain di kakiku dan suami seperti di dalam gambar di bawah tu. Walau bercuti dengan anak-anak yang ramai, kami masih boleh berjalan berpegangan tangan di gigi air sambil mendukung baby Kasih. Dalam masa yang sama kami berdua masih boleh melihat dan memantau anak-anak kami yang lain yang sedang mandi manda tidak jauh dari tempat kami berada. Seronok bercuti begini dengan di temani pemandangan laut yang cantik dan luas terbentang.

 

Siapa cakap lepas dah kahwin lama dan punya anak ramai masih tak boleh nak honeymoon? Salah tu.... romantik suami isteri tetap boleh dikekalkan supaya ikatan akan sentiasa utuh meskipun dengan adanya anak yang ramai. Semakin romantik suami dan isteri bermakna semakin banyak percambahan rasa kasih dan sayang serta dalam masa yang sama dapat memberikan rasa tenteram pada anak-anak kerana ibu dan ayah mereka sentiasa saling sayang menyayangi. Tak gitu ualls? :D

Terus terang terdapat banyak pilihan hotel yang berhampiran dengan pantai ini. Yelah, dah namapun pulau percutian jadi sudah semestinya ada banyak hotel yang berhampiran dengan pantai ni. Apa yang penting ualls boleh pilih mana satu yang ualls suka supaya sesuai dengan budget masing-masing. Daku sendiri pada mulanya menjangkakan yang hotel di kawasan pantai ini semuanya mahal-malam belaka tetapi alhamdulillah rupa-rupanya masih ada hotel yang menawarkan harga yang murah dan berbaloi. Yang penting kena survey Langkawi hotels near beach ni betul-betul sebelum pergi bercuti.

Semoga artikel ini dapat membantu memberi sedikit sebanyak info dan idea untuk ualls bercuti nanti terutamanya jika ke Langkawi. Selamat berseronok bersama keluarga dan yang tersayang....

Happy holiday!!







Read More

12.2.18

Cara Halang Blog Dari Di Copy Paste - CARA TERBARU !!

09:15 20
Sebagai si penulis blog semestinya kita tidak suka hasil penulisan kita di copy dan di paste ke mana-mana tempat tanpa sebarang persetujuan daripada kita. Jika beri credits hmmm masih boleh di maafkan namun malangnya ada yang sengaja mengambil dan paste bahkan tanpa segan silu mengaku bahawa itu adalah hasil penulisannya.

Di sebabkan itu rata-rata penulis blog akan meletakkan code untuk cuba menahan blog mereka daripada di copy paste. Ada pelbagai code di luar sana dan di sini suka untuk aku kongsikan code terbaru yang boleh membantu mengatasi masalah copy paste oleh sesetengah pihak ini. Jangan risau, sekarang dah ada cara mudah untuk halang entri dari kena copy paste. Ia bukannya menghalang right click tetapi left click yang sama sekali lebih berkesan.

Apa yang lebih mengembirakan, code ini turut sesuai untuk di gunakan oleh pemberi tutorial seperti aku ini ataupun kepada para blogger yang suka membuat contest kerana ianya hanya menghalang gabungan ayat saja dan masih membenarkan code html untuk di copy paste.

Caranya mudah saja....

1. Login ke akaun blogger masing-masing dan terus ke bahagian >> Theme >> Edit HTML

2. Kemudian cari kode ]]></b:skin> , gunakan Ctrl+F untuk memudahkan pencarian

3. Copy paste kod di bawah ini dan paste betul-betul di atas kod ]]></b:skin> tadi

.post { -webkit-touch-callout:none; -webkit-user-select:none; -khtml-user-select:none; -ms-user-select:none; -moz-user-select:none; }.post blockquote,.post pre,.post code { -webkit-touch-callout:text; -webkit-user-select:text; -khtml-user-select:text; -ms-user-select:text; -moz-user-select:text; }

RUJUK GAMBAR INI....

4. Preview dan jika tidak terdapat apa-apa error bolehlah terus di SAVE.

SIAP!!

Selamat mencuba....


Read More

15.1.18

NAK DELETE BLOG TAPI TERLUPA EMAIL DAN PASSWORD? INI CARANYA !

06:54 7
Assalamualaikum ualls... Ualls pernah alami situasi ni tak? Buat satu blog tulis merapu merapan, kemudian lama-lama dah makin 'dewasa' terasa nak padam blog tersebut dan buat blog baru. Masalahnya, email dan password yang digunakan untuk uruskan blog lama tu sudah terlupa sama sekali. Alamak!! Apa nak buat?

Sebenarnya ada kaedah yang boleh di cuba untuk atasi masalah tersebut. Caranya ialah pergi ke  http://www.blogger.com/forgot.do kemudian masukkan URL blog yang hendak di padam itu.

- KLIK ATAS GAMBAR UNTUK LIHAT DENGAN LEBIH JELAS -

Sebagai contoh aku masukkan link blog ini sishawadesign dan team blogger terus carikan link blog tersebut dan hantar detail yg berkaitan ke email yang sedang aku guna sekarang.

- KLIK ATAS GAMBAR UNTUK LIHAT DENGAN LEBIH JELAS -

Apabila di check di dalam email, memang benarlah ada email yang di hantar oleh pihak blogspot atas perkara tadi. Sekejap je dah pun sampai... 

Blogpost bukan hanya beritahu email mana satu yang handle blog terbabit malah blogspot turut beri satu link sekiranya terlupa password bagi email yang uruskan blog terbabit.

- KLIK ATAS GAMBAR UNTUK LIHAT DENGAN LEBIH JELAS -

So, pada yang punya masalah terlupa password dan email bolehlah cuba cari di atas. Goodluck!!

Ohya, alang-alang bercakap soal terlupa.. JANGAN LUPA join contest yang sedang berlangsung di blog utama bermula pada 14 JAN - 06 FEB 2018

> KLIK SINI UNTUK LIHAT CONTEST =D



Read More

13.1.18

Saya Nak Masuk Bloglist January

3.1.18

Tips to increase rental yield for HDB home owner

05:01 4

If you’re already renting out your vacant room or apartment, then congrats, that’s a great way of making passive income. Having said that, chances are that you could be getting a lot more rental income as compared to what your tenants are paying now. Well, demand for rental is high for Toa Payoh’s HDB flat due to it’s proximity to Orchard and Central Business District (CBD) area but how to increase the rental yield is a trick.  This can be done with a few easy tricks that we will cover in this article.


1. Upgrade the bathroom
We’re not going to tell you to paint your entire house or to replace all your appliances. Your costs are obviously going to add up quickly, and might even exceed whatever increase in rental revenue that you get. However, allocate a small budget to upgrading your bathroom and making sure that your faucets, sinks and sprayers are in good condition and squeaky clean. The sight of a dingy or simply outdated looking bathroom is likely to repulse your potential tenants, and might either botch the rental deal, or at least shave off a significant amount from what your tenants will be willing to pay. By having the more attractive HDB in the market, you could probably score a better list of tenants in the market compared to others. Click here to see ways to upgrade bathrooms.


2. Creating buzz and demand
When showing your HDB apartment to potential tenants, arrange a mass viewing on the same day, at the same time, instead of doing viewings one-on-one. Once your potential tenants see that they’re up against other “competitors”, the scarcity effect will kick in and they’ll naturally feel more drawn to your home than they might otherwise be. Pro-tip: get them to fill in forms to leave their contact details, and indicate how much they’d be willing to pay for the space. This would help you to eliminate tenants that does not suit your portfolio.


3. Shorter term tentals
Now that the minimum rental period for private homes has been reduced to 3 months instead of 6, a great way for landlords to increase rental income is to allow shorter stays, but at a more expensive rate. Those who are commitment-phobic or who wish to rent on a short-term basis for whatever reason can do so – they’ll simply have to pay a premium to enjoy this flexibility. But a certain care must be taken for this in order not to get problematic tenants in the market.


4. Throw in value-added services
It’s simple enough to hire a part-time cleaner to come over once a month, and charge your renter a little extra than what you’re paying your part-time cleaner. Such small gestures would be beneficial to the tenants and would make them feel appreciated renting your HDB instead of others.


5. Keep up with market rental rates
If you’ve got a long-term tenant who’s been with you for years now, chances are that you’ll forego rent increases as a gesture of goodwill. Yes, it’s a kind act, but what you’re essentially doing is throwing money down the drain. Think of it this way – if your tenant is paying $100 lower than the market rate per month, that’s $1200 that you’re giving away per year. That $1200 could buy you two helicopter rides in New Zealand, a two-week stay in a private villa with infinity pool in Bali, or a shopping spree at Champs-Élysées in Paris.


You might be wondering – what if your tenant decides to leave because of the increase in rent? As long as you’re raising your rent to meet the market rate and not exceed it, this isn’t likely to happen. Moving is a huge hassle, after all – one that incurs a lot of time and money. However, this does not mean you get to be unreasonable with your current tenants. In order to gauge the market rate, you could opt to refer to some online property site to determine the expected rental rate for the area. HDBs in some areas such as Toa Payoh for example may yield a better rate compared to other areas.
Now that you know how to easily increase your rental income, it’s up to you to implement our above suggestions to get maximum dollar for your property. For more insights on renting, check out our articles on how the new occupancy laws will affect Singapore’s landlords and things you should know. 


Read More

26.12.17

Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for December 2017

14:12 3

Baru-baru ni aku dah join GA Qiya untuk November tapi takde rezeki. Tup-tup keluar pula satu lagi GA dan kali ni adalah untuk bulan Disember. Wah!! Murah betul hati Qiya, suka suka suka :D


Giveaway, Giveaway Qiya Saad, GA, contest, peraduan,
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Syarat yang di kenakan untuk join juga takde lah berat mana. Kalau tak percaya tengok kat bawah ni.


Syarat-syarat penyertaan:- 

1. Follow Blog: Qiya Saad, komen & share 3 entry terbaru.  done
2. Add Friend FB: Qiya Saad, Like & komen 3 status terbaru. 
 done
3. Like FB Page 1: Qiya Saad Dot Com, like & komen 3 posts terbaru. - done
4. Like FB Page 2: Wedding by Qiya Saad, & like 10 posts terbaru. - done
5. Follow Instagram 1: @qiyasaad, like & komen 3 posts terbaru. done
6. Follow Instagram 2: @weddingbyqiyasaad like & komen 3 posts terbaru - done
7. Join Kelab Blogger Qiya Saad 
done



Hadiah nya menarik tau!!

Pemenang Pertama
RM50

Pemenang ke-2
RM30

Pemenang ke-3
RM20

Apa tunggu lagi... jom join!! :D


Read More